Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Terjemah Malaysia Madani ikut konteks tempatan: KM
Published on: Wednesday, February 15, 2023
Published on: Wed, Feb 15, 2023
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Terjemah Malaysia Madani ikut konteks tempatan: KM
Hajiji menandatangani plak ketika merasmikan seminar itu.
Kota Kinabalu: Konsep Malaysia Madani sebagai templat nasional yang besar perlu diterjemahkan secara lebih khusus dengan kandungan terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, idea membina Malaysia Madani amat sesuai dengan suasana dan keperluan di Sabah termasuk dalam landskap dan ekosistem tempatan negeri itu.

Advertisement
“Kita akui bahawa konsep Malaysia Madani sudah menyeluruh dan inklusif. Namun begitu, kita juga perlu sedar bahawa Malaysia Madani adalah kerangka negara yang bersifat universal dan terbuka.

“Oleh itu, adalah penting proses “penyetempatan”, atau menterjemah idea besar negara kepada konteks tempatan yang lebih spesifik. Sebagai model nasional yang besar, Malaysia Madani memerlukan pengisian terbaik yang lebih spesifik sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membina Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri berkata Sabah mempunyai keunikan tersendiri dari segi sosio-budaya, sosio-ekonomi dan sosio-politik, di samping aspirasi tempatan yang masih belum mendapat tempat yang cukup kukuh dalam imej negara.

“Justeru, kita pastinya mempunyai keperluan unik dalam kerangka nasional Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu diusahakan dalam seminar ini, agar hasilnya nanti mencerminkan semangat kebangsaan Malaysia Madani yang didukung oleh ciri-ciri tempatan.

Advertisement
“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan konsep Malaysia Madani dengan tepat kepada landskap dan ekosistem Sabah. Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar bertamadun, proses itu mesti dipacu oleh prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai latar belakang etnik, geografi dan sejarah yang pelbagai, beliau berkata Sabah boleh mengambil kedudukan utama dalam menterjemahkan ciri-ciri Madani ini.

Advertisement
Dalam pada itu, Hajiji berkata kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi dan impian yang sama iaitu untuk melihat sebuah negara atau negeri berjaya dan maju dengan model kemanusiaan yang murni.

“Justeru, konsep pembinaan Malaysia Madani ini bertepatan dengan rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan Kerajaan Negeri selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Contohnya, salah satu inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah untuk memperkasakan sosioekonomi rakyat dan menjadikan pengagihan kemakmuran lebih inklusif. Bagi Malaysia Madani, salah satu matlamatnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, Kerajaan mempunyai pendekatan yang lebih menyeluruh dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri, yang selaras dengan kerangka negara dan kehendak tempatan,” katanya.

Beliau yakin melalui hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, kedua-dua inisiatif ini dapat memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif untuk rakyat di negara ini.

Sementara itu, Hajiji berkata seminar Membina Malaysia Madani adalah pendekatan yang sangat relevan untuk menjelaskan konsep ini secara terperinci kepada rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.

Penglibatan semua pihak khususnya rakyat, katanya, penting bagi mengelak konsep Malaysia Madani menjadi sia-sia dan hanya slogan kosong.

“Justeru, saya menganggap program hari ini sebagai salah satu pendekatan paling relevan dan tepat pada masanya untuk menjelaskan konsep ini secara meluas dan terperinci hingga ke peringkat akar umbi.

“Ini adalah usaha murni untuk kita di peringkat Kerajaan Negeri, penjawat awam negeri dan persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan masyarakat umum untuk menghayati konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, “ katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here