Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SKA Penampang juara Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan B-21 Sabah
Published on: Wednesday, February 15, 2023
Published on: Wed, Feb 15, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
SKA Penampang juara Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan B-21 Sabah
JAKE (bertopi) menyampaikan trofi kemenangan kepada wakil SKA Penampang semasa penyampaian hadiah.
Kota Kinabalu: SKA Penampang merangkul gelaran keseluruhan Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan Bawah-21 Negeri Sabah ke-20, yang diadakan di Dewan SM All Saints di Likas pada hujung minggu lalu.

Mereka membawa pulang 10 emas, enam perak dan lima gangsa pada kejohanan dua hari itu dengan emas dimenangi oleh Audrey Adreana (Kata Individu Perempuan Kadet, Kumite Perempuan -54kg), Ivy Olivera Donny (Kata Individu Perempuan Remaja), Allyssa Audrey Anthony (Kumite Perempuan Remaja +59kg, Kumite Perempuan Remaja +59kg), Anneliese Anne Robberth (Kumite Perempuan Remaja -48kg), Jude Joseph Johanus (Kumite Lelaki Remaja -68kg), Eldrich Aaron Anthony (Kata Individu Lelaki Bawah-21, Kumite Lelaki -84kg) dan Pasukan Kata Perempuan Kadet.
Advertisement
Perak disumbangkan oleh Mukhriz Mazlan (Kata Individu Lelaki Kadet), Maxzillion Nelson (Kumite Lelaki Kadet -52kg), Siti Nurzawiyah (Kata Individu Perempuan Kategori Tambahan), Anneliese Anne Robberth (Kata Individu Perempuan Remaja), Anabell Mazlan (Kumite Perempuan Remaja -59kg), Jericho Jones (Kumite Lelaki Remaja -61kg), sementara gangsa dimenangi oleh Shawanda Dania (Kumite Perempuan Kadet -47kg), Lea Prescilla Welly (Kata Individu Perempuan Kategori Tambahan), Tan Xian Zong (Kata Individu Lelaki Remaja), Mohd Nur Rezam Zulkhairi (Kumite Lelaki Bawah-21 -60kg) dan Haryrie Hariz (Kumite Lelaki Bawah-21 -67kg).

Sementara itu, kontinjen Main Dojo menduduki tempat kedua dengan lapan emas, tujuh perak dan tujuh gangsa, manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Brunei dengan tujuh emas, lima perak dan tujuh gangsa.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Presiden Persatuan Karate Sabah (SKA) Datuk Jake Jikulin Nointin yang merasmikan majlis penutupan gembira dengan sokongan daripada ibu bapa.

Beliau berkata SKA berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan dan berharap lebih ramai atlet di negeri ini akan dapat mewakili Malaysia pada masa akan datang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here