Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Waris kanak-kanak ini dicari
Published on: Thursday, February 16, 2023
Published on: Thu, Feb 16, 2023
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Waris kanak-kanak ini dicari
KUNAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini mencari waris seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun bernama Mohammad Ajmal (gambar).Pegawai Pelindung - Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di Kunak, Ku Yen Lee berkata, pihaknya memohon ihsan orang ramai yang mengenali atau mengetahui ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak itu untuk tampil menghubungi Jabatan Kebajikan Kunak di 089-851208 atau 011-31626670.

Advertisement
Menurut Yen, hasil siasatan awal kanak-kanak itu pada mulanya ketika berusia tiga bulan telah diserahkan kepada sebuah ‘keluarga jagaan’ untuk sementara waktu dengan alasan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang hanya dikenali sebagai Salha ingin pulang ke kampung di Tingkayu Kunak.

Kronologinya, kanak-kanak tersebut mulanya diserahkan oleh ibunya kepada sebuah keluarga jagaan di Kg. Sungai Atas yang mana ketika itu pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak itu tidak dapat dihubungi dan keberadaannya juga gagal dikesan. Kanak-kanak itu kini berusia tiga tahun dan dijaga dengan baik oleh ‘keluarga jagaan’ yang ditinggalkan bersama,” katanya.

Pencarian waris atau ibu kandung kanak-kanak itu dibuat mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here