Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Han Loong hantar 10 atlet ke kejohanan kebangsaan
Published on: Friday, February 17, 2023
Published on: Fri, Feb 17, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Han Loong hantar 10 atlet ke kejohanan kebangsaan
PEGAWAI bersama atlet Kelab Taekwondo Han Loong.
Kota Kinabalu: Kelab Taekwondo Han Loong akan menghantar 10 atlet untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Taekwondo Kebangsaan TM (WTF)-MSN-Milo Ke-13 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Arena Majlis Olimpik Malaysia bermula esok (18 Februari).

 Kelab itu merupakan satu daripada tujuh yang dipilih Persatuan Taekwondo Sabah untuk mewakili negeri dalam pertandingan dua hari anjuran Persekutuan Taekwondo Malaysia itu.

Advertisement
Presiden Kelab Taekwondo Han Loong, Roger Chaw berkata, tiada sasaran ditetapkan tetapi atlet-atlet digesa untuk memberikan yang terbaik dan cuba memenangi pingat.

“Kita telah membuat persediaan sebaik mungkin. Semoga usaha kita membuahkan sesuatu dan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat untuk Sabah,” katanya pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, kontinjen diketuai oleh jurulatih Liew Chee Ming dan Alex Emmanuel Siaw. Atlet-atlet terdiri daripada Rouel Dangin, Hans Zachary, Randal Tan Chee Wah dan Muhammad Abdul Farish yang akan bertanding dalam kategori lelaki, manakala atlet wanita ialah Nur Haszarratul Heerwin, Rachel Liew Pei Nie, Izzyayumi Farahatira, Sonia Aishah, Angela Merici Bryne dan Nurfasha Amyza.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here