Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Teliti semula imbuhan penjawat awam: Cuepacs
Published on: Friday, February 17, 2023
Published on: Fri, Feb 17, 2023
Text Size:
Text:
Teliti semula imbuhan penjawat awam: Cuepacs
Tun Juhar (kanan) berbincang sesuatu dengan Adnan.
Kota Kinabalu: Imbuhan penjawat awam perlu diteliti semula berikutan kenaikan harga barangan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata kerajaan seharusnya peka kuasa membeli penjawat awam berdasarkan gaji semasa yang diterima.

Advertisement
“Meskipun tidak menjurus kepada kenaikan gaji, kerajaan perlu melihat bagaimana mampu menangani peningkatan kos sara hidup sekaligus memberi kuasa membeli yang selesa.
“Situasi ekonomi kini menyebabkan kakitangan awam merasa terkesan dengan gaji semasa, oleh itu kerajaan harus melihat kembali bentuk-bentuk imbuhan yang ada dan memikirkan bagaimana untuk menambah elaun yang diterima.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Contohnya, penjawat awam yang tinggal di kuarters seharusnya tidak mengalami pemotongan dua imbuhan iaitu Bantuan Sara Hidup (Cost Of Living Assistance-COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) seperti yang terjadi di Semenanjung.

“Kita setuju dengan pemotongan ITP tetapi imbuhan COLA seharusnya tetap diberikan kepada mereka bagi memberi kelegaan dan boleh meningkatkan kuasa membeli,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
Advertisement
Terdahulu, Juhar menerima kunjungan Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev  bertujuan membincangkan pengembangan hubungan dua hala dan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Beliau menyatakan sebanyak 7,000 orang pelajar Kazakhstan telah menyambung pelajaran di Malaysia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan akan melihat peluang dalam sektor pelancongan, pelaburan serta pelaburan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here