Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Banjir Penampang: Kuskop salur RM50,000 kepada SM St.Micheal
Published on: Friday, February 17, 2023
Published on: Fri, Feb 17, 2023
Text Size:
Text:
Banjir Penampang: Kuskop salur RM50,000 kepada SM St.Micheal
“Saya juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk membantu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah akibat banjir,” katanya. - Foto FMT
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menyalurkan peruntukan khas bencana sebanyak RM50,000 kepada koperasi Sekolah Menengah (SM) St.Micheal Penampang untuk membaiki kerosakan akibat banjir di kawasan sekolah itu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sekolah itu terjejas banjir dua hari lepas sehingga ditutup sementara dan menjejaskan peperiksaan SPM yang sedang berlangsung.

Advertisement
“Saya juga akan menyalurkan peruntukan khas menteri sebanyak RM100,000 untuk membina konkrit kawasan letak kereta sekolah ini seperti yang diperlukan oleh pihak sekolah,” katanya selepas mengadakan tinjauan kesan banjir di sekolah itu, di sini, Khamis.

Turut hadir meninjau kerosakan akibat banjir di SM St.Micheal Penampang ialah Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin, Pengetua sekolah Jenifer Asing, pegawai TEKUN Nasional Sabah dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa lawatan itu, para pelajar SM St.Micheal Penampang sedang bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah itu.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk membantu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah akibat banjir,” katanya.

Advertisement
Ewon turun padang meninjau sendiri keadaan dan kawasan yang sering dilanda banjir bagi membolehkannya mengambil tindakan lanjut.

“Saya perlu meninjau sendiri keadaan sebenar di lapangan bersama Pejabat Daerah, JPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengenalpasti kerosakan dan keperluan penyelengaran atau menaiktaraf tempat-tempat berkenaan yang airnya masih bertakung atau selalu menjadi punca banjir sehingga menyebabkan penduduk kampung tidak boleh keluar menggunakan jalan tersebut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here