Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bencana banjir Penampang dibincang dalam Kabinet Persekutuan: Peruntukan khas untuk mitigasi sementara: Ewon
Published on: Saturday, February 18, 2023
Published on: Sat, Feb 18, 2023
Text Size:
Text:
Bencana banjir Penampang dibincang dalam Kabinet Persekutuan: Peruntukan khas untuk mitigasi sementara: Ewon
Ewon turut merakamkan ucapan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan Jemaah Menteri yang prihatin dan turut sama komited menyegerakan projek tebatan banjir di seluruh negara.
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata isu banjir di Penampang dibincang dalam mesyuarat Kabinet Persekutuan, pada Jumaat.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, pada mesyuarat itu Timbalan Perdana Menteri I yang juga menteri penyelaras bencana negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersetuju untuk menyalurkan peruntukan khas mitigasi sementara.

Advertisement
“Seperti komitmen saya beberapa hari lepas, saya telah membangkitkan kekerapan insiden banjir di Penampang dalam mesyuarat Kabinet Persekutuan yang baru selesai bermesyuarat tadi.

“Saya telah mencadangkan beberapa perkara iaitu projek pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Moyog dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta dapat dimasukkan dalam agihan peruntukan tebatan banjir bermula tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga mencadangkan supaya sejumlah peruntukan khas bencana disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelenggara dan membaikpulih parit-parit, anak sungai dan sungai di Penampang yang tersumbat dan menjadi antara punca limpahan dan takungan air banjir,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat kabinet persekutuan, pada Jumaat.

Ewon turut merakamkan ucapan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan Jemaah Menteri yang prihatin dan turut sama komited menyegerakan projek tebatan banjir di seluruh negara.

Advertisement
“Terima kasih juga kepada Timbalan Perdana Menteri I yang mempengerusikan tindakan bencana negara meluluskan peruntukan khas menyelenggara parit, anak sungai dan sungai di Penampang yang tersumbat untuk dilaksanakan.

“Ini adalah langkah mitigasi sementara menunggu pelaksanaan sebenar projek lembangan sungai bersepadu Sungai Moyog tersebut,” kata Ewon.

Advertisement
Hari ini, Ewon akan turun padang untuk meninjau beberapa tempat tersumbat di Sungai Moyog yang menjadi antara punca banjir.

“Saya akan terus mengambil kepimpinan dalam usaha mengurangkan insiden bencana banjir di Penampang. Saya berharap mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Saya akan terus bekerja keras,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here