Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Petani cabul anak saudara dijel 13 tahun
Published on: Saturday, February 18, 2023
Published on: Sat, Feb 18, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Petani cabul anak saudara dijel 13 tahun
Kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. - (Gambar ilustrasi oleh Liputan6.com)
Kota Kinabalu: Seorang petani berumur 35 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun dan dikenakan tiga sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang berusia 12 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki tersebut, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap lelaki itu.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dipenjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan kerana melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan lapan bulan itu dengan menggosokkan kemaluannya pada punggung kanak-kanak itu, antara Mac dan April 2019 pada pukul 11 pagi di sebuah rumah di Kota Marudu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara tujuh tahun lagi dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan kesalahan sama dengan meraba payudara kanak-kanak sama dan menyentuh kemaluannya di tempat yang sama pada 7 Mei 2019.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara secara berturut-turut dari tarikh sabitan pada Jumaat.

Advertisement
Lelaki itu juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Mahkamah menolak permohonan lelaki itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap hukuman itu ke Mahkamah Tinggi.

Advertisement
Lelaki itu pada 29 Dis 2021 diperintah membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kira-kira sembilan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman manakala peguam Amirul Amin mewakili tertuduh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here