Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Amaran ledakan alga merah di perairan Kota Kinabalu, Tuaran
Published on: Sunday, February 19, 2023
Published on: Sun, Feb 19, 2023
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Amaran ledakan alga merah di perairan Kota Kinabalu, Tuaran
Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim berkata Bahagian Biosekuriti mereka mendapati sel Pyrodinium bahamense dan Margalefidinium polykrikoides dalam sampel satu liter melebihi paras berbahaya.
Kota Kinabalu: Orang ramai diberi amaran supaya tidak memakan kerang-kerangan yang diperolehi dari perairan Kota Kinabalu dan Tuaran selepas kes peningkatan alga merah (air laut merah) berbahaya dikesan berhampiran Pulau Sepanggar, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim berkata Bahagian Biosekuriti mereka mendapati sel Pyrodinium bahamense dan Margalefidinium polykrikoides dalam sampel satu liter melebihi paras berbahaya.

Advertisement
“Sel-sel itu merebak pantas dan telah sampai ke Sutera Harbour dan perairan Jeti Jesselton, Teluk Likas, dan Kepulauan Gaya dengan bacaan tertinggi berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Kami menjangkakan fenomena itu akan berterusan sehingga seminggu tetapi ia boleh mengambil masa lebih lama,” katanya ketika dihubungi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Azhar berkata lebih 2,000 sel Margalefidinium polykrikoides dalam satu liter mendatangkan bahaya kepada ikan dengan melekat pada insangnya dan melemaskannya.

“Tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia, namun ladang lautan mungkin terjejas. Apa yang berbahaya adalah Pyrodinium bahamense apabila melebihi 800 sel seliter.

Advertisement
“Ia boleh hidup di dalam kerang-kerangan dan menyebabkan keracunan makanan yang teruk. Gejala termasuk sakit kepala, loya dan sakit perut yang amat teruk.

“Mereka yang pernah termakan kerang dan mengalami simptom ini dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.

Advertisement
“Kami menasihatkan agar tidak memakan kerang-kerangan buat masa ini melainkan ia dituai di luar daerah terjejas dan tidak disimpan di perairannya,” katanya sambil menambah Jabatan akan terus memantau keadaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here