KUDAT: Ibu bapa harus sedar bahawa tanggungjawab mereka amat besar dalam membentuk sebuah keluarga yang cemerlang sekali gus menyumbang kepada kemajuan Sabah dan negara.Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda berkata, tanpa keluarga yang baik sukar untuk melahirkan anak-anak yang baik-baik dari segi sahsiah diri mahupun pencapaian akademik.
Menurut beliau, proses pembesaran kanak-kanak bermula dari rumah, jika mereka ini mendapat jagaan dan didikan yang baik, tidak mustahil mereka mampu menjadi seorang warga yang baik serta cemerlang dari pelbagai aspek diri.
Advertisement





