Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Masih ada kelemahan’
Published on: Monday, February 20, 2023
Published on: Mon, Feb 20, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
‘Masih ada kelemahan’
DARREN (kiri) bersaing dengan seorang pemain Tampines Rover FC semasa perlawanan tersebut.
Kota Kinabalu: Satu lagi persembahan mengagumkan daripada Sabah FC apabila mereka meledak tiga gol menewaskan pasukan teratas Liga Perdana Singapura, Tampines Rover FC, dalam perlawanan persahabatan ketiga mereka dalam tempoh seminggu di Stadium Likas pada malam Sabtu lalu.Mereka hanya mengambil masa empat minit untuk mendahului dengan gol pembukaan disempurnakan oleh Gabriel Peres menerusi sepakan penalti selepas Darren Lok dikasari di dalam kotak penalti.

Advertisement
Saddil Ramdani kemudian melebarkan kedudukan pada minit ke-26 dengan sepakan percuma yang dilakukan dengan baik sebelum Darren menambah gol ketiga pada minit ke-63.

Mereka terlepas banyak peluang selepas jaringan Darren dan Datuk Ong Kim Swee berkata selepas perlawanan itu bahawa masih terdapat beberapa kelemahan walaupun meraih kemenangan meyakinkan dan persembahan dominan daripada pemain-pemain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dari segi corak permainan masih terdapat beberapa kelemahan. Bagaimanapun, perlawanan ini penting bagi saya untuk memperbaiki kelemahan dan saya percaya pasukan hanya akan menjadi lebih baik apabila musim bermula,” katanya. Beliau turut mengulas mengenai prestasi pemain yang baru ditandatangani terutama pemain import yang menyumbang lapan daripada 13 gol yang dijaringkan daripada tiga perlawanan berikutan kemenangan 6-0 ke atas Geylang International FC dan 4-0 menentang Melaka FC sebelum ini.

Advertisement
“Adalah wajar untuk tidak menilai mereka terlalu awal dan kita seharusnya akan dapat mengetahui sama ada mereka selesa dan bagaimana mereka beraksi sebaik musim bermula,” katanya.

Perlawanan itu juga menyaksikan pengenalan pemain terbaru Badak, Ko Kwang-min dari Korea Selatan pada separuh masa kedua.

Advertisement
Pemain berusia 34 tahun itu yang bermain sebagai sayap pertahanan memberikan tanggapan yang baik dan menggembirakan penyokong tuan rumah dengan kepantasan dan hantaran kemasnya.

Ong berkata mungkin tiada lagi pemain baharu untuk pasukan itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Satu lagi import hanya bergantung kepada keadaan kewangan yang akan saya bincangkan dengan pihak pengurusan, tetapi buat masa ini tiada rancangan,” katanya.

Sementara itu, Sabah FC melancarkan Jersi terbaharu mereka sebelum perlawanan pada sebelah petang sempena hari terbuka kelab di Stadium Likas.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya dan turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Marzuki Nasir, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, Dato’ Rahman Zakaria, Datuk James Wong dan Ong Kim Swee.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here