LAHAD DATU: Pekebun kecil sawit di Sabah digesa menyertai Koperasi Penanam Kelapa Sawit Lestari (KPSM) yang bertujuan meningkatkan pendapatan melalui peningkatan produktiviti kelapa sawit.Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata sebanyak 27 daripada 69 KPSM yang ditubuhkan di seluruh negara beroperasi di Sabah.
Bagaimanapun, jumlah keahlian 27 KPSM di Sabah iaitu seramai 2,537 orang, agak rendah, kerana ia mewakili 8.16 peratus daripada keseluruhan pekebun kecil sawit di Sabah yang berjumlah 31, 090 individu dengan keluasan 200, 965.46 hektar pada 31 Disember 2022.
Advertisement





