Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
20 kawasan di Sabah lokasi panas wabak denggi
Published on: Tuesday, February 21, 2023
Published on: Tue, Feb 21, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
20 kawasan di Sabah lokasi panas wabak denggi
Lokasi panas wabak denggi di Sandakan ialah Taman Mawar, Sendang, Indah Jaya Fasa 6 & 7, Taman Rimba, Bandar Ramai-Ramai, Kampung Berhala Darat Zon 8, Taman Samudera (TLDM), Taman Tat Fui Yen Batu 8, Taman Megah, Indah Jaya Fasa 9 dan Sri Taman.
Kota Kinabalu: Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan empat lagi lokasi panas wabak itu di Tawau selain masing-masing dua di Kota Kinabalu dan Lahad Datu serta satu di Papar.

Advertisement
“Jumlah keseluruhan kes denggi di Sabah setakat semalam (Ahad) ialah 1,685 dengan tiga kematian direkodkan.
“Daerah Sandakan mencatat jumlah tertinggi kes wabak denggi sebanyak 483 diikuti Tawau 308 dan Kota Kinabalu 270 kes,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lokasi panas wabak denggi di Sandakan ialah Taman Mawar, Sendang, Indah Jaya Fasa 6 & 7, Taman Rimba, Bandar Ramai-Ramai, Kampung Berhala Darat Zon 8, Taman Samudera (TLDM), Taman Tat Fui Yen Batu 8, Taman Megah, Indah Jaya Fasa 9 dan Sri Taman.

Empat lokasi panas denggi di Tawau pula ialah T832 Tg Batu Kg Pukat Laut (Jikan), Jk30 Kg Jawa Lama Jln Mansor, AP20 Taman Berjaya dan JU44 Kampung Baru Pasir Putih (Mawar) serta dua di Kota Kinabalu iaitu Kepayan Rumah Murah PH2 dan Kampung Tebobon.
Advertisement
Kenyataan itu juga menyebut terdapat 76 kluster wabak denggi aktif di Sabah iaitu 25 di Sandakan diikuti Tawau (20), Kota Kinabalu (12), Lahad Datu (6), Penampang (3), masing-masing dua di Putatan, Kunak dan Semporna serta masing-masing satu di Tuaran, Papar, Kudat dan Pitas.

JKNS turut merekodkan wabak denggi tak terkawal di dua kawasan penempatan di daerah Tawau serta masing-masing satu di Sandakan dan Putatan.

Advertisement
“Mari kita amalkan 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes, urus sampah anda dan jadilah insan bertanggungjawab bagi mencegah jangkitan denggi berbahaya ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here