Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Majlis tilawah Al-Quran bantu tegak syiar Islam
Published on: Tuesday, February 21, 2023
Published on: Tue, Feb 21, 2023
Text Size:
Text:
Majlis tilawah Al-Quran bantu tegak syiar Islam
SYAHRIN (ketiga, kiri) menyampaikan cenderamata kepada Jahid (ketiga, kanan).
TAMPARULI: Amalan penganjuran majlis tilawah Al-Quran, khususnya di Sabah dilihat mampu membantu menegakkan syiar Islam yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, majlis seumpama itu juga mampu menjadi platform kepada umat Islam untuk mendekati ajaran yang terkandung didalam Al-Quran.

Advertisement
Katanya, selain itu, umat Islam juga mampu menghayati serta mengamalkan petunjuk serta panduan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran.

“Sesungguhnya kitab suci yang diturunkan lebih 1,400 tahun dahulu mampu membimbing manusia dalam setiap zaman untuk mencapai kemajuan dan kejayaan dalam hidup dan di akhirat.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekiranya umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam seperti mana yang terkandung di dalamnya, maka mereka akan menjadi satu umat yang maju dan bertamadun, kuat dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tuaran & Daerah Kecil Tamparuli di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli, di sini, Isnin.

Advertisement
Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tuaran, Syahrin Samsir.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata, umat Islam akan terjebak ke dalam kemunduran dan merosakkan ummah sekiranya mengabaikan amalan ajaran Islam.

Advertisement
Katanya, ini termasuk perpecahan, lemah, tidak berani bersaing, takut menghadapi cabaran, dengki sesama sendiri, serta mudah terpengaruh dengan ajaran salah dan menyesatkan.

“Malahan mereka juga sengaja membiarkan diri mereka terdedah kepada kemurkaan Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Jahid turut mengajak masyarakat untuk bersama memperbaharui tekad dan iltizam untuk menguatkan serta meneguhkan iman serta penghayatan ajaran islam. “Mudah-mudahan negara kita dan umat Islam di rantau ini akan muncul sebagai sebuah negara dan satu bangsa yang maju, disegani di mata dunia dan mampu mengembalikan kegemilangan serta keagungan Islam seperti masa lampau,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here