Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Industri automotif rangsang pembangunan sektor lain di Sabah’
Published on: Wednesday, February 22, 2023
Published on: Wed, Feb 22, 2023
By: Mohd Izham Hashim
Text Size:
Text:
‘Industri automotif rangsang pembangunan sektor lain di Sabah’
Phoong (kedua dari kiri) bersama Joachim (ketiga dari kiri) memukul gendang tradisional pada majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Industri automotif memainkan peranan penting dalam mentransformasi Sabah menjadi sebuah negeri perindustrian dengan meningkatkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi, mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan meningkatkan taraf hidup.

Selain itu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Ginger Phoong Jin Zhe berkata industri itu merangsang pembangunan sektor perindustrian lain seperti elektrik dan elektronik, plastik, keluli dan getah.

Advertisement
“Membina hubungan strategik dengan pemain industri adalah sangat penting untuk memastikan hala tuju Kementerian dan agensinya selari dengan pembangunan pelabur kami di semua taman perindustrian di Sabah, dan ini termasuk tumpuan untuk menyelesaikan kebimbangan mengenai keperluan infrastruktur industri, “ katanya pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di Pusat Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) baru-baru ini.
Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam yang merupakan Tetamu Kehormat pada majlis itu, diiringi pemegang taruh KKIP, pegawai dari jabatan kerajaan, agensi dan pelabur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ginger yang juga Pengerusi KKIP Sdn Bhd berkata KKIP sebagai taman perindustrian bersepadu dan ekosistem unik pastinya akan menjadikannya salah satu destinasi pelaburan menarik di Sabah. Dengan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar yang dijangka siap pada 2025, beliau menambah KKIP akan menyokong projek pembesaran itu dengan pembangunan Hub Logistik di KKIP.
Advertisement
“Pelabur dalam pembangunan teknologi hijau juga dialu-alukan dan digalakkan untuk memacu penciptaan ekonomi rendah karbon dan sumber di Sabah,” katanya sambil menambah KKIP sudah mula mula melaksanakan Sesalur Pengecas Kereta Elektrik untuk projek Residen V21nya yang dijangka siap pada awal 2025.

Beliau juga sedar bahawa KKIP mempunyai kerjasama berterusan dengan SIRIM mengenai potensi menjadikan KKIP sebagai salah satu Taman Eko-Industri di Malaysia. Setakat ini, terdapat 310 syarikat beroperasi di KKIP dalam pelbagai sektor, menyediakan 11,000 pekerjaan, menjana nilai pelaburan RM10.8 bilion termasuk menarik pelaburan asing dari Korea Selatan dan China, baru-baru ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here