Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada bekalan air: Jabatan pantau paip agihan ke Country Heights
Published on: Wednesday, February 22, 2023
Published on: Wed, Feb 22, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Tiada bekalan air: Jabatan pantau paip agihan ke Country Heights
JURUTEKNIK Jabatan Air memeriksa keadaan paip agihan utama yang disambungkan ke meter pukal untuk Country Heights.
JABATAN Air memantau paip agihan utama untuk Country Heights Apartments bagi memastikan bekalan sampai ke hartanah itu, selepas lebih 5,000 penghuni di sana tidak menerima setitik air selama 24 jam baru-baru ini.

Jurucakap agensi itu menjelaskan gangguan bekalan di hartanah itu, yang terletak di Jalan Bantayan Minintod itu cuma bersifat sementara ekoran cuaca buruk yang melanda ibu negeri.

Advertisement
“Operasi di Loji Rawatan Kasigui kami terpaksa dihentikan sementara kerana hujan lebat memberi kesan ke atas kekeruhan air sungai yang disalurkan ke kemudahan itu,” katanya.

KAKITANGAN MC menunjukkan tiada air masuk ke dalam tangki simpanan di Apartments itu.

Dalam situasi biasa, kira-kira 53 juta liter air (MLD) dihasilkan setiap hari di loji berkenaan, dengan 185 MLD dijana di loji Moyog, menurutnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pengeluaran daripada loji di Moyog ahaja tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna air yang semakin meningkat di sekitar Kota Kinabalu.

“Mereka yang berada di pusat Bandaraya, Penampang, Petagas dan Lok Kawi dimaklumkan untuk menjangkakan gangguan bekalan air akibat penutupan itu.

Advertisement
“Mereka dimaklumkan, melalui media sosial, untuk bersedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air.”

Selain Country Heights, kawasan lain di Penampang yang terjejas akibat penutupan itu termasuk di Kobusak dan berhampiran bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, serta di sepanjang Jalan Penampang Baru, Jalan Penampang-Papar Lama, Jalan Pintas Donggongon, Jalan Panglima Banting dan Jalan Bundusan.

Advertisement
“Pengeluaran di Kasigui disambung semula beberapa hari kemudian apabila kekeruhan air mentah menurun ke tahap yang boleh diterima.

“Pengguna yang terjejas mendapat semula bekalan mereka secara berperingkat dalam tempoh 72 jam selepas itu, sebaik sahaja tekanan yang mencukupi telah dibina dalam talian pengedaran kami.”

SEORANG pengendali lori tangki air persendirian mengisi salah satu tangki hartanah itu, sambil diperhatikan kakitangan MC.

“Pengguna terjejas mendapat semula bekalan mereka secara berperingkat dalam tempoh 72 jam selepas itu, sebaik sahaja tekanan mencukupi dalam paip agihan kami.”

Pun begitu, berdasarkan apa yang berlaku di Country Heights, dia berkata juruteknik agensi itu membuat pemeriksaan berkala ke atas paip agihan utama yang disambungkan ke hartanah itu.

“Mereka diminta untuk menentukan sama ada bekalan air sudah mencapai meter pukal untuk Pangsapuri berkenaan.”

Jurucakap syarikat, yang menguruskan Country Heights, berkata hartanah itu tiada bekalan air selama 22 jam berturut-turut ketika penutupan loji.

“Ketika penutupan berjadual dilaksanakan, bekalan air dalam tangki atas tanah kami tidak mencukupi untuk disalurkan kepada penyewa pada waktu malam,” katanya.

“Kami juga tidak dapat melakukan hal ini pada keesokanya.”

Dia berkata kakitangan MC sentiasa memeriksa tolok di bahagian atas tangki untuk hartanah itu, beberapa kali, sepanjang tempoh ini namun terkejut apabila mendapati terdapat input ‘sifar’ dalam tangki ini.

Jurucakap itu menjelaskan, selama beberapa bulan sebelum ini, Pangsapuri itu hanya menerima antara 5 hingga 60 peratus daripada jumlah air terawat yang biasa diterimanya.

SEBAHAGIAN daripada 20 pemandu lori tangki datang pada waktu malam untuk menghantar air terawat ke Country Heights. 

“Pihak pengurusan terpaksa mengawal aliran air dari tangki bertingkat dan atas tanah kami kepada penyewa disebabkan perkara ini.

“Sekiranya bekalan tidak dikawal, maka mereka yang tinggal di tingkat atas tidak akan mempunyai peluang untuk mendapatkan air sama sekali.”

MC biasanya mengeluarkan bekalan air selama beberapa jam dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan kemudian pada waktu malam – menurutnya.

Disebabkan apa yang berlaku kepada bekalan masuk, selepas hujan lebat pada Februari, firma itu memutuskan untuk menghubungi pengendali tangki untuk membuat 20 perjalanan bagi mengisi tangki Apartment itu.

“Kami hanya dapat menyalurkan air kepada penyewa kami selepas beberapa lori tangki ini datang ke hartanah itu.” Jurucakap itu berkata bekalan yang masuk telah dipulihkan dan mengakui keadaan air bertambah baik.

“Kakitangan kami menyedari bahawa tekanan bekalan yang datang melalui paip utama adalah lebih kuat daripada sebelumnya.” Walaupun bersyukur keadaan bertambah baik, katanya, MC bagaimanapun, mengambil langkah proaktif untuk memasang tangki simpanan bawah tanah diletakkan di bahagian atas bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada 47 blok yang membentuk hartanah itu.

WILFRED dari Penampang mengeluh mengenai asalah air yang dialaminya di apartmen tingkat tiganya di Country Heights.

Ketika menghubungi Hotline, dia mendakwa sudah hampir dua hari tiada bekalan air.

“Saya bergantung kepada air botol untuk diminum dan menyegarkan diri,” katanya.

Dia berkata dia sudah melaporkan masalah air ini kepada MC untuk hartanah itu.

“Selain menghubungi MC, saya juga membuat aduan secara peribadi di Jabatan Air.”

Wilfred berkata paip di unitnya terus kering di sebalik usahanya itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here