Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pembinaan jambatan Labuan–Sabah berpotensi rangsang ekonomi
Published on: Thursday, February 23, 2023
Published on: Thu, Feb 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pembinaan jambatan Labuan–Sabah berpotensi rangsang ekonomi
Gambar ilustrasi jambatan tersebut
Kota Kinabalu: Pembinaan jambatan yang dicadangkan bagi menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di samping memajukan pelbagai industri di kedua-dua kawasan.Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kadayan Malaysia (DPPKM) Mohd Faizal Malik berkata pembinaan jambatan itu boleh membawa impak positif secara menyeluruh terhadap ekonomi di Sabah dan Labuan.

Advertisement
Beliau berkata banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh pemain industri besar-besaran, industri Kecil dan Sederhana (IKS) mahupun golongan marhaen, antaranya dari segi pengurangan kos operasi mereka.

“Mereka boleh memilih menggunakan perkhidmatan hantaran barang secara terus pembekal dari Sabah tanpa menggunakan perkhidmatan kurier atau perkhidmatan feri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu menurutnya jambatan yang dicadangkan itu juga boleh membuka peluang untuk memajukan pelbagai lagi perkhidmatan, termasuk memperluaskan konsep perkhidmatan ‘e-hailing’ bagi kedua-dua kawasan.

Mohd Faizal berkata kerajaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, menerusi jabatan dan agensi masing-masing, boleh menjalin kerjasama untuk membanyakkan lagi platform bagi para peniaga meningkatkan hasil jualan mereka.

Advertisement
“Misalnya mungkin boleh diusulkan satu acara bulanan, yang menyaksikan peniaga Labuan dan Sabah boleh membuka gerai jualan di satu tempat khusus yang boleh dikunjungi orang ramai,” katanya. Beliau berkata cadangan pembinaan jambatan itu juga dapat memberi kemudahan kepada orang ramai, terutama sekali golognan B40, yang tidak mampu menaiki kapalterbang atau feri untuk berulang alik Labuan-Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here