Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua sahabat ditahan bersama 1,033.30 gram syabu
Published on: Thursday, February 23, 2023
Published on: Thu, Feb 23, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua sahabat ditahan bersama 1,033.30 gram syabu
Jasmin (kedua, kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
TAWAU: Dua rakan baik ditahan polis bersama sejumlah 1,033.30 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM60,000 dalam serbuan di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di bandar ini, sekitar jam 4.30 pagi, Selasa.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata kedua-dua suspek pengedar dadah itu merupakan warga asing berusia 43 dan 39 tahun yang salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphtehamine melalui ujian air kencing.

Advertisement
Menurutnya, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau, menahan kedua-dua suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan dan merampas sebuah beg yang dipegang salah seorang daripada mereka.
“Pemeriksaan ke atas beg itu menemukan satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu seberat 1,033.30 gram. Ini merupakan rampasan dadah ketiga dengan berat melebihi satu kilogram di daerah Tawau tahun ini,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh 2,000 orang penagih.

 Jasmin berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Civic di bawah Seksyen 25 (1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 kerana dipercayai digunakan bagi tujaun pengedaran dadah.

Advertisement
Katanya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketika ini, katanya, polis masih menyiasat jika kes itu mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah sama ada di kawasan Tawau dan sekitarnya, termasuk sumber dadah itu diperoleh.

Advertisement
Mengulas lanjut, Jasmin berkata, polis akan mempertingkatkan operasi dadah di daerah itu kerana kes-kes penyalahgunaan dadah membawa kesan negatif kepada masyarakat.

Tegasnya, perbuatan mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan polis amat mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk sama-sama membanteras kegiatan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here