Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
AirAsia sambung penerbangan Guangzhou dan Shenzhen ke Kota Kinabalu
Published on: Thursday, February 23, 2023
Published on: Thu, Feb 23, 2023
Text Size:
Text:
AirAsia sambung penerbangan Guangzhou dan Shenzhen ke Kota Kinabalu
Liew berkata beliau dimaklumkan oleh Air Asia bahawa ia akan menjadi penyambungan semula penerbangan antarabangsa yang ke-6 dari Guangzhou ke Kota Kinabalu pada 2 Mac, dan ke-7 penyambungan semula dari Shenzhen ke Kota Kinabalu pada 3 Mac, sejak permulaan wabak Covid-19 pada Mac 2020.
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji usaha AirAsia menyambung semula penerbangan antarabangsa dari Guangzhou ke Kota Kinabalu dan Shenzhen ke Kota Kinabalu, minggu depan.

Beliau berkata beliau dimaklumkan oleh Air Asia bahawa ia akan menjadi penyambungan semula penerbangan antarabangsa yang ke-6 dari Guangzhou ke Kota Kinabalu pada 2 Mac, dan ke-7 penyambungan semula dari Shenzhen ke Kota Kinabalu pada 3 Mac, sejak permulaan wabak Covid-19 pada Mac 2020.

Advertisement
“Kami amat mengalu-alukan komitmen Air Asia untuk mengembalikan semula perkhidmatan penerbangannya ke tahap pra-Covid 19, sebagai menyokong usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan di Sabah khususnya.

“Dengan inisiatif terbaharu untuk memulihkan penerbangan terus dari dua destinasi ke Kota Kinabalu, kami menjangkakan lonjakan pelancong dari China tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berkuat kuasa 1 Mac, kekerapan penerbangan dari Kota Kinabalu-Guangzhou ialah empat kali seminggu (Rabu, Jumaat, Ahad dan Isnin), dan sebaliknya berkuat kuasa 2 Mac, iaitu empat kali seminggu dari Guangzhou- Kota Kinabalu (Khamis, Sabtu, Isnin dan Selasa).

Bagi laluan Kota Kinabalu-Shenzhen pula, berkuat kuasa 2 Mac, kekerapan penerbangan adalah tiga kali seminggu (Khamis, Sabtu, Selasa), dan sebaliknya berkuat kuasa 3 Mac, iaitu tiga kali seminggu dari Shenzhen-Kota Kinabalu (Jumaat, Ahad, Rabu).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here