Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelbagai kemahiran diperlukan untuk pacu Sabah
Published on: Thursday, February 23, 2023
Published on: Thu, Feb 23, 2023
Text Size:
Text:
Pelbagai kemahiran diperlukan untuk pacu Sabah
Ketua Menteri sekali lagi menegaskan bahawa modal insan yang cemerlang dan berkualiti adalah amat penting untuk menjayakan pelbagai dasar, agenda dan program pembangunan kerajaan, seterusnya memacu kemajuan negeri ke peringkat lebih tinggi.
SABAH memerlukan modal insan yang pelbagai untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pembangunan modal insan di Sabah tidak akan tertumpu kepada satu bidang tertentu sahaja, kerana kepakaran berkemahiran tinggi dalam bidang lain juga diperlukan. Justeru, Kerajaan Sabah akan sentiasa mengutamakan aspek pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja mahir.

Advertisement
“Berdasarkan komitmen ini, Kerajaan akan terus menyokong segala usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah dalam meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan serta program berkaitan pembangunan modal insan di begeri ini,” katanya ketika melancarkan Hari Susu Sekolah Sedunia Zon Borneo 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 31 Jan. Ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

Ketua Menteri sekali lagi menegaskan bahawa modal insan yang cemerlang dan berkualiti adalah amat penting untuk menjayakan pelbagai dasar, agenda dan program pembangunan kerajaan, seterusnya memacu kemajuan negeri ke peringkat lebih tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata melahirkan tenaga kerja berkualiti termasuk memastikan generasi belia baharu lebih kuat, cergas dan lebih bijak serta mendapat manfaat daripada program susu sekolah dari segi kesihatan dan pemakanan.

“Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia yang bertujuan memupuk dan menggalakkan amalan murid meminum susu penuh krim mampu menyumbang kepada kesihatan dan tumbesaran yang baik.

Advertisement
“Kanak-kanak dengan zat makanan yang seimbang dan mencukupi akan menjadi insan yang cerdas, aktif dan kreatif, serta memberi impak positif untuk menjadi aset negara yang bernilai. Saya percaya generasi yang sihat, cergas dan berilmu mempunyai nilai dan kemahiran tinggi, serta boleh menyumbang kepada kesejahteraan negara khususnya di negeri ini,” katanya lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here