Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kembalikan hak kewangan 40 peratus Sabah: Jeffrey
Published on: Friday, February 24, 2023
Published on: Fri, Feb 24, 2023
Text Size:
Text:
Kembalikan hak kewangan 40 peratus Sabah: Jeffrey
JEFFREY ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan diminta melaksanakan semakan kewangan rasmi untuk mengembalikan 40 peratus hak hasil bersih Sabah mengikut perlembagaan 112C, 112D dan item 2(1) Bahagian IV Jadual Ke-10.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata semakan kewangan itu sepatutnya dibuat secara mandatori setiap lima tahun tetapi tidak dilakukan sejak 1974.

Advertisement
 “Di manakah 40 peratus (hak kewangan Sabah) selama 48 tahun ini?” kata Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Jeffrey meminta agar hak kewangan 40 petatus ditunaikan dengan segera dan bukan hanya peruntukan tahunan RM260 juta untuk Sabah dan RM300 juta untuk Sarawak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Jeffrey, Sabah kehilangan kuasa kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia apabila Persekutuan mengabaikan semakan tersebut sehingga menjadikan rakyat Sabah bertambah miskin.

Jeffrey menjelaskan sosio ekonomi Sabah bertambah buruk apabila para pemimpin pusat membawa parti-parti politik mereka ke Sabah dan merekrut serta mengimport orang-orang asing Filipina serta Indonesia sebagai pengundi.

Advertisement
“Dengan slogan ‘Demi Bangsa dan Agama’, pemimpin pusat cuba melaksanakan ‘social engineering’ di Sabah dengan memberi dokumen kewarganegaraan ikut pintu belakang seperti dalam laporan RCI 2014,” katanya.

Jeffrey seterusnya mendakwa Perdana Menteri ketika itu sanggup membelakang Perlembagaan Sabah menggilirkan Ketua Menteri setiap dua tahun demi kuasa politik tapi bila sampai giliran parti mereka, tiada pula penggiliran.

Advertisement
Tegasnya: “Ini merupakan sejarah politik paling gelap bagi Sabah. Saya harap sejarah begini tidak akan berulang.”

Menurut Jeffrey, untuk Sabah dan Sarawak mengejar pembangunan di Malaya, dana yang mencukupi diperlukan, keadilan serta menghormati perkongsian bersama sebagai rakan kongsi dalam membentuk Malaysia.

 Justeru Jeffrey mencadangkan dana pembangunan setiap tahun mengikut nisbah yang lebih adil 50:25:25 iaitu 50 peratus untuk Semenanjung, 25 peratus (Sarawak) dan 25 peratus (Sabah).

Selain hak kewangan tersebut, Jeffrey seterusnya meminta agar peruntukan Pan-Borneo dipercepatkan kerana Tuanku Yang DiPertuan Agong telah melafazkan hasrat untuk menjelajah lebuh raya rentas Sarawak-Sabah itu.

Jeffrey berharap sokongan kerajaan pusat untuk membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak seiring dengan pemindahan pusat ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here