Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Perpaduan peruntuk RM388.1b
Published on: Saturday, February 25, 2023
Published on: Sat, Feb 25, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan Perpaduan peruntuk RM388.1b
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, pada Jumaat. – fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lepas.

Advertisement
“Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.

“… dengan pembaharuan tata cara perolehan kerajaan akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Belanjawan 2023 sebelum ini dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada 7 Okt tahun lepas yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun, belanjawan itu tidak sempat dibahas dan diluluskan susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober yang memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Advertisement
Anwar berkata Belanjawan 2023 akan menjadi langkah pertama yang menelusuri kerangka pembangunan Malaysia Madani dan menumpukan kepada 12 ikhtiar utama. Ia juga berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan atau ketidakseimbangan.
Advertisement
Menurut beliau, pentadbiran Kerajaan Perpaduan bertekad atas prinsip pertanggungjawaban untuk mengawal kedudukan fiskal termasuk menangani permasalahan hutang dan pada masa sama terus menopang pertumbuhan ekonomi yang terangkum dan mampan. Perdana Menteri berkata pembentangan Belanjawan 2023 yang dirumuskan sebagai Belanjawan Madani ialah cerminan sistem nilai luhur yang mampu mendepani cabaran semasa termasuk ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan. “Setelah mendengar keluhan rakyat dan gegaran suara saudara saudari di dewan yang mulia ini, saya memilih untuk menghidang belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar dan tidak cuba mengaburi minda rakyat dengan data memukau,” kata beliau.

Anwar berkata kerajaan turut mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada lima peratus berbanding 5.6 peratus pada 2022.

Beliau berkata kerajaan bertekad mencapai tahap defisit kekal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025 tertakluk kepada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here