Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kastam Sabah patahkan cubaan seludup arak, beras
Published on: Saturday, February 25, 2023
Published on: Sat, Feb 25, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kastam Sabah patahkan cubaan seludup arak, beras
Pemeriksaan awal terhadap kontena yang ditahan telah menjumpai sejumlah 23,520 liter minuman keras jenis bir bernilai RM85,200 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM346,500
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan cubaan menyeludup masuk sebuah kontena minuman keras dan dua kontena beras bernilai RM158,000, serta duti dan cukai berjumlah RM375,600, melibatkan dua kes, Rabu lepas.Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman berkata dalam kes pertama di Pelabuhan Sepanggar di sini, hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas, anggotanya menahan sebuah kontena berisi minuman keras cuba diseludup masuk pada 9.15 pagi.

Advertisement
“Pemeriksaan awal terhadap kontena yang ditahan telah menjumpai sejumlah 23,520 liter minuman keras jenis bir bernilai RM85,200 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM346,500,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata kes kedua juga di pelabuhan sama dan anggotanya menahan dua kontena berisi beras pada 9.30 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya pemeriksaan awal menemukan 20,500 kilogram (kg) beras bernilai RM37,500 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM14,900 dalam kontena pertama, manakala dalam kontena kedua ditemukan sebanyak 20,500 kg beras pulut bernilai RM35,300 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM14,200.

“Modus operandi bagi kedua-dua kes ini adalah membuat pengikraran palsu dengan mengikrar dagangan import sebagai barangan lain seperti minuman ringan dan kacang hijau bagi tujuan penyeludupan dan sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) dan 52 Akta Kastam 1967.

Advertisement
Beliau turut menyeru orang ramai untuk membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta tidak membabitkan diri dengan kegiatan tersebut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here