Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemain digesa kekal fokus
Published on: Monday, February 27, 2023
Published on: Mon, Feb 27, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pemain digesa kekal fokus
PARK meraikan jaringannya semasa perlawanan tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah FC memulakan musim mereka dengan cemerlang, dengan menewaskan PDRM FC 4-0 di Stadium Likas pada malam Sabtu lalu.

Saddil Ramdani menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-12 dengan larian pantas selepas menerima bola daripada Telmo Castanheira sebelum melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol lawan.

Advertisement
Gol kedua hadir pada minit ke-37 apabila Saddil melakukan hantaran lintang yang ditanduk masuk oleh Park Taesu yang diberikan lilitan tangan kapten, dengan Baddrol Bakhtiar diletakkan di bangku simpanan.

Saddil kemudian menjaringkan gol keduanya pada separuh masa kedua selepas satu serangan balas pantas yang dimulakan olehnya. Dia menerima bola di kawasan sendiri sebelum menghantarnya kepada Darren Lok yang kemudiannya melakukan hantaran kepada Kumaahran Sathasivam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemain gantian itu kemudiannya hilang keseimbangan dan tidak dapat melakukan rembatan dengan baik ketika dia meluru ke hadapan, mujur Saddil berjaya menolak bola ke dalam gawang sebelum penjaga gol dapat menyelamatkannya. Seorang lagi pemain gantian, Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan selepas dia menerima hantaran Rizal Ghazali dua minit memasuki masa kecederaan.

Advertisement
Di sebalik keputusan yang memberangsangkan itu, ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memberi amaran kepada pemain selepas perlawanan bahawa mereka mesti kekal fokus dan tidak terbawa-bawa dengan kemenangan besar itu.

“Ini baru perlawanan pertama dan kami tidak boleh terlalu yakin.
Advertisement
“Terdapat banyak perlawanan di hadapan dan saya percaya ia tidak akan mudah untuk kami.

“Untuk mendapatkan tiga mata adalah permulaan yang baik tetapi lebih penting bagi kami untuk kekal fokus dan dapat melaksanakan apa yang diperlukan dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Beliau juga gembira kerana pasukan itu tidak kehilangan momentum dengan pertukaran pada separuh masa kedua dan terus mendominasi perlawanan.

“Kami memulakan persiapan kami lapan minggu lalu dan tiada pemain kesebelasan utama bagi saya dalam pasukan. Mereka yang didaftarkan semuanya cukup bagus untuk bermula dan saya harap mereka akan dapat melaksanakan tugas seperti yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 13,000 penyokong hadir untuk perlawanan itu dan perlawanan mereka yang seterusnya juga di tempat sendiri menentang Kelantan United FC pada Rabu (1 Mac).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here