Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Shahelmey serah kepada Lembaga Disiplin Umno buat keputusan
Published on: Monday, February 27, 2023
Published on: Mon, Feb 27, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Shahelmey serah kepada Lembaga Disiplin Umno buat keputusan
“Politik yang stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” Shahelmey berkata.
PUTATAN: Datuk Shahelmey Yahya, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang menyatakan pendirian menyokong Kerajaan Negeri Sabah ketika ini, menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk membuat keputusan berhubung tindakannya itu.

Timbalan Ketua Menteri III  dan Ahli Parlimen Putatan itu berkata beliau sedia berdepan sebarang tindakan dan tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin Umno dengan melakukan perlakuan atau kenyataan yang kurang wajar.

Advertisement
“Saya seorang daripada Adun Umno Sabah yang dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan yang telah dinyatakan. Selesai sudah menyatakan pembelaan saya.

“Kita berserah kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah, Jom Sihat Daerah Putatan di sini Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain Shahelmey, yang merupakan Adun Tanjung Keramat, empat lagi Adun berpendirian sama telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin).

Bagaimanapun, Jasnih, James, Mohd Arshad dan Yusof bersama seorang lagi Adun Umno iaitu Datuk Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Selasa lepas.

Advertisement
Pada 6 Januari lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata parti itu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sabah dan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Ditanya tentang tindakan Adun terbabit yang meninggalkan Umno, Shahelmy berkata itu adalah hak mereka namun beliau menganggap keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan kestabilan politik di Sabah.

Advertisement
“Politik yang stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here