Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kanak-kanak, 12, maut jatuh dari tingkap hotel
Published on: Tuesday, February 28, 2023
Published on: Tue, Feb 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kanak-kanak, 12, maut jatuh dari tingkap hotel
Siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.
Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut apabila terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

Advertisement
Menurutnya pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.44 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 7.53 pagi,” katanya. Katanya identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here