Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Chia Ching Byn ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-22
Published on: Tuesday, February 28, 2023
Published on: Tue, Feb 28, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Chia Ching Byn ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-22
SEMUA pemenang mengabadikan kenangan bersama.
Kota Kinabalu: Chia Ching Byn memenangi gelaran International 470 keseluruhan pada Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-22 yang diadakan di Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) pada Ahad lalu.Dia bersama kru, Thomas Kong, memenangi hadiah utama, manakala di tempat kedua ialah gandingan Muhd Daniel Iqbal Muhammad Samsu dan Dato’ Chairullah, disusuli pemenang bahagian veteran, Leonard Chin dan Josie Joinol di tempat ketiga.

Advertisement
Ia merupakan kemenangan Chia dan Kong yang kedua tahun ini, selepas turut memenangi trofi Ship’s Bell kelab itu pada Januari lalu.
Dalam kategori ILCA (International Laser Class Association) 6, gelaran keseluruhan dimenangi oleh pemenang bahagian wanita Gabrielle Marygrace Yong Poquita, manakala pemenang bahagian lelaki Mohd Reezmin Ismah terpaksa berpuas hati di tempat kedua, dengan Nur Hafizahanani Zailan di tempat ketiga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tiga pemenang teratas dalam kategori keseluruhan ILCA 4 ialah Laurenz Leonardo Daim, Mohammad Syahieradham Raiman dan Zeti Irdina Zainal. Laurenz dan Zeti juga merupakan pemenang bahagian lelaki dan wanita.

Gelaran Optimis keseluruhan dimenangi oleh Hafizanah Zailan, disusuli Muhammad Aiman Aqeel Mohd Firdaus dan Kee Alaeana Abdullah.

Advertisement
Nur Hafizanah turut merangkul kejuaraan divisyen A, manakala Ziqri Luqman Zainal dan Muhammad Abqaari Irham Adam masing-masing mengungguli divisyen B dan C, dan tiga tempat teratas dalam kategori Optimist Novice disandang Andre Martin, Alexander Chiu Shinka dan Macy Mosom Sikayun.

Dalam kategori Windsurf, Abidin Aliakbar muncul pemenang lelaki terbuka dan Tiong Jia Yi merangkul gelaran wanita, manakala gelaran tertutup untuk lelaki dimenangi oleh Mohd Azmi Mohd Kahmis dan gelaran wanita disandang oleh Marcella Wilson Villaceran.
Advertisement
Pertandingan Kite Surfing turut diadakan dengan Jarrow Danie Marcus, Mitchell Cini dan Abidin Aliakbar menduduki tiga tempat teratas.

Sementara itu, seramai 72 pelayar mengambil bahagian dalam acara tahunan anjuran kelab tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here