Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pheonix B juara Kejohanan Bola Jaring Remaja
Published on: Tuesday, February 28, 2023
Published on: Tue, Feb 28, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pheonix B juara Kejohanan Bola Jaring Remaja
PASUKAN pemenang bersama Presiden Sabana, Chenderemata Sinteh (keempat dari kanan) dan pegawai lain.
Kota Kinabalu: Pasukan Pheonix B dari Persatuan Bola Jaring Kota Kinabalu menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Negeri yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan Tun Adnan pada Ahad lalu.

Mereka menewaskan SSN Labuan (Sekolah Sukan Labuan) 50-20 di final untuk merangkul kejuaraan, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Pheonix A yang menewaskan Politeknik Kota Kinabalu 29-22 pada perlawanan ‘play-off’.
Advertisement
Penjaring terbanyak kejohanan itu ialah Norazlina Iswan dengan 123 mata sementara pemain terbaik kejohanan disandang oleh Nurirdina Sumaya.

Penyerang terbaik dianugerahkan kepada Norhayati Norman Abdullah dan Dayang Nurain Ahmed Ismail dipilih sebagai pertahanan terbaik manakala trofi ‘fairplay’ diberikan kepada pasukan Emerald dari Tambunan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semua pihak berkaitan termasuk persatuan sukan, jurulatih, ibu bapa, guru-guru mesti memainkan peranan dalam pembangunan sukan bola jaring di negeri ini dari peringkat akar umbi.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan dua hari anjuran Persatuan Bola Jaring Sabah (Sabana) itu, yang dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Selag pada hari pembukaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here