Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jasa warga emas dihargai
Published on: Tuesday, February 28, 2023
Published on: Tue, Feb 28, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jasa warga emas dihargai
MASIDI (tengah), Jimmy dan yang lain memotong kek sempena sambutan Hari Warga Emas.
RANAU: Warga emas harus sentiasa dihormati sebagai sebahagian penting daripada masyarakat, memandangkan pengalaman luas mereka dalam kehidupan serta jasa mereka dalam membina masyarakat masa lalu.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata rakyat Malaysia hari ini dapat menikmati kemakmuran masa kini, berkat keputusan dan kebijaksanaan mereka yang kini merupakan warga emas.

Advertisement
“Sehubungan itu, adalah penting untuk kita sentiasa mengingati dan menghargai warga emas yang banyak berjasa kepada kita semua sama ada dalam persatuan, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Menurut Masidi, sambutan Hari Warga Emas merupakan satu lagi cara untuk menghargai ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak mereka, memberi mereka pendidikan dan juga menjadikan mereka insan berguna kepada keluarga dan masyarakat sekeliling.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di Ranau, beliau berkata Persatuan Hakka Ranau adalah antara kumpulan yang sentiasa menyambut Hari Warga Emas setiap tahun, dan ini perlu dicontohi oleh golongan lain.

Masidi yang juga Adun Karanaan berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Warga Emas Hakka Ranau dan Jamuan Makan Malam yang diadakan di Dewan Hakka Ranau pada Ahad.

Advertisement
Sementara itu, Presiden Persatuan Hakka Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong berkata, acara itu bertujuan mengiktiraf dan menghargai jasa warga emas dalam menjadikan generasi sekarang lebih matang dan menikmati kehidupan lebih baik.

Dalam majlis itu, Masidi turut mengumumkan dan memperuntukkan RM10,000 kepada persatuan itu sambil menjanjikan perbincangan lanjut dengan persatuan berkenaan hasrat mereka untuk memasang lif di bangunan Hakka Ranau untuk manfaat warga emas.

Advertisement
Beliau dan Jimmy turut mengagihkan angpau kepada kira-kira 50 warga emas pada majlis itu.

Turut hadir Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin; Ketua Pemuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah), Kong Soon Choi; UPPM Paginatan, Hisyamuddin Harun, dan Penolong Pegawai Daerah, Hasinin Kinsim.

Sementara itu, seramai 30 ahli Majlis Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA) membuat lawatan ke Ranau, dengan tujuan mengeratkan perpaduan dan persaudaraan dengan ahli Persatuan Warga Emas Daerah Ranau.

 Ketibaan rombongan yang diketuai Datuk William Chang itu disambut meriah oleh ahli persatuan itu yang diketuai Pengerusinya, Lee Si On yang turut menyediakan minuman ringan sebagai sarapan pagi sebelum makan tengah hari ahli kumpulan.

Dalam ucapannya, Lee melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada rombongan pelawat kerana memilih Persatuan Warga Emas Ranau sebagai salah satu destinasi lawatan tersebut.

Beliau berharap lawatan singkat itu menjadi asas dan jambatan perpaduan antara persatuan warga emas negeri dan warga emas daerah Ranau.

“Kami berharap melalui lawatan seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang telah terjalin sesama kita,” jelas Lee.

Sementara itu, William dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Warga Emas Kg Muhibah Ranau yang diketuai Pengerusinya kerana sudi menerima kunjungan rombongannya dengan jamuan makan tengah hari.

Selain Ranau, mereka turut melawat Sandakan, Kinabatangan, Lahat Datu, Semporna, Tawau, Keningau dan Beaufort.

“Sebenarnya dalam program yang julung kali diadakan ini, kami rancang untuk melawat 14 pusat Persatuan Warga Emas di Sabah, tetapi memandangkan kewangan persatuan tidak mengizinkan, kami hanya memilih sembilan daerah untuk dikunjungi kali ini,” katanya, sebelum bertolak ke Sandakan petang itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here