Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua lagi Batalion PGA akan diwujud di Sabah:  KPN
Published on: Wednesday, March 01, 2023
Published on: Wed, Mar 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua lagi Batalion PGA akan diwujud di Sabah:  KPN
Yang dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (kanan) menerima cenderamata kenangan daripada Ketua Polis Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Kota Kinabalu: Sebanyak dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata penambahan dua batalion itu, menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion 15 Sandakan, Batalion 16 Kinarut, Batalion 17 Lahad Datu dan Batalion 20 Beluran.

Advertisement
Beliau berkata demi memperkukuh serta memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat membangunkan satu lagi pos baharu PGA iaitu Pos Pangalungan di Nabawan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Selasa, yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here