Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua maut dalam dua kemalangan di Sandakan
Published on: Wednesday, March 01, 2023
Published on: Wed, Mar 01, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dua maut dalam dua kemalangan di Sandakan
LORI dinaiki seorang kelindan yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Telupid – Ranau.
SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 56 tahun, maut dalam kemalangan di Jalan Utara, berhampiran Sekolah Menengah St. Mary, awal pagi Selasa.

Ketua polis daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, yang mengesahkan insiden itu, berkata lelaki itu meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Advertisement
“Siasatan awal polis, mendapati, sebelum kemalangan, mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva baru selesai menghantar anaknya ke sekolah di SMJK Tiong Hua.

“Dia kemudian memandu sendiri untuk ke tempat kerjanya di Batu 8. Apabila tiba di lokasi kemalangan, mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan merempuh pokok di pembahagi jalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Impak kemalangan menyaksikan mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, di BELURAN, seorang kelindan lori berusia 36 tahun, maut dalam satu lagi insiden di Jalan Telupid – Ranau, kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati lori dinaiki mangsa, yang membawa muatan baja tersebut bergerak dari Kota Kinabalu menuju ke Telupid.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung setelah berpusing beberapa kali.
Advertisement
“Impak menyebabkan pemandu dan kelindan (mangsa) tercampak keluar. Pemandu hanya mengalami cedera ringan manakala mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here