Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam didakwa beri rasuah RM7,000
Published on: Wednesday, March 01, 2023
Published on: Wed, Mar 01, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Penjawat awam didakwa beri rasuah RM7,000
Harvey didakwa memberi rasuah kepada lelaki itu sebagai dorongan untuk menarik balik laporan polis berhubung kes samun berkumpulan terhadap Harvey yang boleh didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
SANDAKAN: Seorang penjawat kerajaan didakwa memberi rasuah RM7,000 kepada seorang pemilik kedai, supaya pemiliknya menarik balik laporan polis berhubung satu kes samun, dua tahun lalu.

Harvey Glen Gerald, 45, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Advertisement
Harvey didakwa memberi rasuah kepada lelaki itu sebagai dorongan untuk menarik balik laporan polis berhubung kes samun berkumpulan terhadap Harvey yang boleh didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Kesalahan rasuah itu didakwa berlaku pada tengah hari 30 Okt, 2021 di Kg Rampek Beluran, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika disabitkan.

Mahkamah membebaskan Harvey dengan ikat jamin RM15,000 deposit RM2,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Advertisement
Harvey juga diperintahkan melapor diri di pejabat SPRM dua kali sebulan, pasportnya, jika ada, diimpaun oleh mahkamah dan diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang wanita dilepaskan dan dibebaskan daripada 15 pertuduhan menipu, tanpa dipanggil membela diri.

Norazura Ahmad dibebaskan daripada pertuduhan, selepas mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Norazura.

Pada pertuduhan pertama hingga ke-15, Norazura didakwa menipu seorang lelaki dengan meminta wang untuk kegunaan aktiviti syarikat yang sebenarnya untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara Januari 2016 dan Jun 2017 di mana lelaki itu memasukkan wang setiap bulan ke dalam akaun Norazura. Sepuluh saksi dipanggil sepanjang perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here