Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perompak dipenjara lagi 3 tahun
Published on: Wednesday, March 01, 2023
Published on: Wed, Mar 01, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Perompak dipenjara lagi 3 tahun
Azni melakukan kesalahan itu bersama dua lagi yang masih bebas.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 46 tahun, yang sedang menjalani hukuman penjara, pada Selasa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan pecah rumah.

Mohd Azni Sarni mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana memecah masuk sebuah rumah di Taman Megah Kobusak, Penampang, untuk mencuri, pukul 11 malam pada 9 Nov, 2022.

Advertisement
Azni melakukan kesalahan itu bersama dua lagi yang masih bebas.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang melakukan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pemilik rumah menyedari rumahnya dipecah masuk oleh tiga lelaki tidak dikenali dan menjerit meminta tolong daripada jiran tetapi ketiga-tiga mereka melarikan diri melalui pagar belakang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengadu kemudian mendapati kunci rumah dan kunci keretanya hilang dari rumahnya. Azni ditahan polis selepas cap jarinya ditemui di rumah itu, pihak pendakwaan.

Advertisement
Dia didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Azni, memohon hukuman lebih rendah atas alasan dia sudah berkahwin dengan empat anak dan dia kini menjalani hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan sama.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Azni menjalani hukuman itu berturut-turut dengan hukuman penjaranya sekarang.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 29 tahun didenda RM1,500 atau dua bulan penjara kerana memiliki peralatan judi. Felicika Sitah Sikat mengaku membeli dua tiket loteri tanpa lesen pukul 3.30 petang pada 15 Sept, tahun lalu di Kolombong, Inanam.

Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa Felicika ditahan polis kerana melakukan kesalahan itu dan merampas peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan termasuk telefon bimbit, pencetak mudah alih, dua tiket loteri dan wang tunai RM391.

Perbuatan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan wang tunai yang dirampas disita.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here