Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan akan pastikan keamanan, kemakmuran, keselamatan Sabah terjamin
Published on: Thursday, March 02, 2023
Published on: Thu, Mar 02, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan akan pastikan keamanan, kemakmuran, keselamatan Sabah terjamin
Azalina berkata taklimat itu bertujuan untuk menerangkan mengenai latar belakang melibatkan isu tuntutan tersebut dan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan komited terhadap hal ehwal warga Sabah dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keamanan, kemakmuran, dan keselamatan Negeri di Bawah Bayu itu, sentiasa terjamin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan juga, tidak berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta terus berusaha melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan serta kedaulatan Malaysia.

Advertisement
“Kerajaan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu beliau menghadiri Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Kerajaan Sabah dan ahli komuniti Sabah di sini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta 25 orang Ahli Dewan Undangan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas mengenai sesi taklimat itu, Azalina berkata taklimat itu bertujuan untuk menerangkan mengenai latar belakang melibatkan isu tuntutan tersebut dan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

“Selain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada warga Sabah yang terkesan secara langsung,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata taklimat itu diadakan bersama dengan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dari Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara (AGC), dan wakil Sekretariat Khas mengenai tuntutan itu iaitu Prof Datuk Dr Sundra Rajoo dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here