Kota Kinabalu: Sabah diwakili 65 pemain dalam Kejohanan Badminton Elit Remaja AFFIN-100Plus (pusingan pertama) yang sedang berlangsung di Dewan Masyarakat Putrajaya.
Kejohanan lima hari itu yang terbuka kepada kumpulan umur bawah 12, 15 dan 17 tahun, yang bermula pada Rabu, menyaksikan Sabah diundi dalam kumpulan B bersama Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kedah.
Sabah mencatat prestasi yang baik tahun lalu dengan menduduki tempat kedua pada pusingan pertama yang diadakan di Perlis dan muncul juara pada pusingan kedua di Kedah.
Presiden Persatuan Badminton Sabah Janih Bangud berkata jumlah pemain yang ramai dalam pasukan itu adalah sebahagian daripada usaha mereka melahirkan bakat baharu.
Beliau berharap pasukan itu akan melakukan yang terbaik sekali lagi dan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada AST Sport Centre atas sokongan mereka.