Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan negeri komited lestarikan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam
Published on: Friday, March 03, 2023
Published on: Fri, Mar 03, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan negeri komited lestarikan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam
“Kerajaan negeri juga akan memastikan semua agensi membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan menggalakkan Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS),” Safar said.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri sentiasa komited untuk melestarikan pembudayaan integriti  dalam Perkhidmatan Awam Negeri ke arah penyampaian perkhidmatan cemerlang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong berkata, bagi memastikan usaha tersebut seiring agenda pembangunan negeri, pelbagai program berimpak tinggi dilaksanakan oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Advertisement
“Antara program-program tersebut adalah Penyelarasan Pembangunan Pelan Risiko Rasuah dan Pelan Antirasuah Organisasi 16 agensi Jabatan Ketua Menteri, Pembangunan Mobile Apps Sistem i-Adu, Pembangunan Sistem i-Perform serta Seminar Pengurusan Aduan.
“Beberapa pekeliling berkaitan pengurusan tatatertib juga akan disemak semula selain penggubalan polisi baharu sebagai rujukan agar pengurusan tatatertib di setiap agensi perkhidmatan awam menjadi lebih cekap dan teratur.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan negeri juga akan memastikan semua agensi membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan menggalakkan Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS),” katanya semasa Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah tahun 2023 di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua penjawat awam negeri Sabah terus bersama-sama berusaha menambah baik perkhidmatan dan tadbir urus sedia ada agar rakyat yakin terhadap keupayaan penjawat awam melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.
Advertisement
“Teruslah berkhidmat dengan sepenuh hati, responsif dengan kesusahan masyarakat, tepat menyelesaikan isu dan inklusif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap lapisan agar keperluan sebenar rakyat dapat dipenuhi,” ujarnya lagi.

Turut diadakan ialah pelancaran Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2023-2024, Sistem i-Perform, Sistem i-Office (Intelligent Office Systems) dan Pelancaran Sabah Tamu.

Advertisement
Hadir sama, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim, Setiausaha-setiausaha Tetap (SUT) Kementerian dan ketua-ketua jabatan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here