Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
JKR digesa segera baiki bumbung rosak di Jabatan Muzium Sabah
Published on: Saturday, March 04, 2023
Published on: Sat, Mar 04, 2023
Text Size:
Text:
JKR digesa segera baiki bumbung rosak di Jabatan Muzium Sabah
Christina (kiri). JARING dipasang pada bumbung bangunan itu untuk memerangkap serpihan yang jatuh (gambar kanan).
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) mempercepatkan kerja membaiki kerosakan struktur bumbung yang menghadap pintu galeri di bangunan utama Jabatan Muzium Sabah.

Beliau berkata tidak perlu berlengah lagi kerana keadaan bumbung yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kakitangan jabatan itu dan juga pengunjung.

Advertisement
“Pelancong antarabangsa sudah mula datang ke Sabah. Muzium Negeri adalah salah satu destinasi pelancongan yang ‘mesti dikunjungi’ di ibu negeri, dan jaring yang dipasang pada bahagian bumbung yang rosak untuk memerangkap serpihan yang jatuh sememangnya menyakitkan mata memandang.

“Saya difahamkan kerja pembaikan di kawasan terjejas sudah lama tertangguh memandangkan masalah itu bermula sejak Jun 2020, dan tindakan segera sepatutnya diambil sejak itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Untuk kebimbangan keselamatan, sila anggap perkara itu sebagai mendesak. Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada kakitangan muzium atau orang awam,” kata Liew, yang juga Adun Api-Api, dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau menjawab aduan orang ramai mengenai situasi itu yang tular di media sosial.

Advertisement
Menurut Liew, JKR telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan segera selepas menerima laporan mengenai kejadian serpihan keretakan yang jatuh pada 2020.

Dalam pada itu, Jabatan Muzium Sabah dinasihatkan menggunakan peruntukannya untuk melakukan pembaikan segera dengan memasang jaring dan mengalihkan serpihan, sementara menunggu anggaran kos oleh JKR.

Advertisement
Setahun kemudian, JKR meminta pihak Muzium Sabah menyalurkan sejumlah RM231,055 bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera oleh JKR.

Pertemuan terakhir kedua-dua jabatan itu diadakan pada September 2022 di mana dilaporkan jumlah wang berkenaan disalurkan oleh Muzium Negeri kepada JKR untuk kerja-kerja baik pulih bumbung adalah tidak mencukupi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here