Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Adun Karamunting keluar Warisan, umum sertai Gagasan Rakyat
Published on: Sunday, March 05, 2023
Published on: Sun, Mar 05, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Adun Karamunting keluar Warisan, umum sertai Gagasan Rakyat
“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan," kata Hiew.
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting George Hiew Vun Zin pada Sabtu mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (Warisan) untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Beliau berkata, tindakan itu diambil antara lain mengambil kira pandangan rakyat yang sudah tidak mahu melihat keadaan politik tidak stabil sekali gus telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting.

Advertisement
“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hiew memenangi kerusi DUN Karamunting atas tiket Warisan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 dan Pilihan Raya Negeri pada 2020.

Beliau juga pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah selama dua tahun sejak 2018. Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Warisan kini mempunyai 14 Adun di Sabah dan satu di Selangor, manakala Hajiji kini mempunyai sokongan 50 Adun untuk terus menerajui Kerajaan Sabah sebagai Ketua Menteri.

Advertisement
Sabah mempunyai 73 Adun dipilih dan enam Adun dilantik, menjadikan keseluruhan 79 Adun negeri itu.

Hiew turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepadanya dalam arena politik.

Advertisement
“Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat di Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita (Sabah) yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga di samping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here