Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya perlu dipelihara
Published on: Sunday, March 05, 2023
Published on: Sun, Mar 05, 2023
Text Size:
Text:
Keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya perlu dipelihara
“Banyak perkara baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi,” kata Hajiji. 
Kota Kinabalu: Keistimewaan dan keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya di negara ini, khususnya di Sabah, perlu terus dipelihara dan dipertahankan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Katanya, faktor itu menjadi elemen penting dalam memupuk perasaan hormat-menghormati dan menerima kepelbagaian tersebut sebagai satu kekuatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Advertisement
“Budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang menjadi identiti sesuatu bangsa dan etnik yang harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.
“Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal oleh masyarakat berbilang kaum, termasuk aspek tarian kebudayaan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Banyak perkara baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi,” katanya. Beliau berkata demikian pada Pesta Tarian Cina Peringkat Kebangsaan Ke-32 dan Pertandingan Tarian Cina Peringkat Sekolah Ke-21 di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, malam Jumaat lalu.
Advertisement
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew. Hajiji berkata, Sabah yang kaya dengan budaya daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik merupakan khazanah negeri yang amat bernilai untuk terus dipertahankan, demi meningkatkan perpaduan, selain sebagai sumber ekonomi negeri melalui industri pelancongan, industri seni kreatif, termasuklah industri kecil dan sederhana yang berasaskan komuniti.
Advertisement
“Tarian Cina merupakan seni yang mengekspresikan emosi dalaman melalui bahasa badan dan mempersembahkan gambar yang indah. Persembahan tarian yang baik akan membawa inspirasi, meningkatkan nilai dan tahap kemanusiaan,” katanya.

Beliau berharap, aktiviti itu dapat mencungkil lebih banyak bakat tarian yang akan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang usaha kebudayaan Cina. “Justeru penganjuran pesta ini dapat membantu mengetengahkan kepelbagaian budaya di Sabah, bukan sahaja untuk rakyat negeri ini, malahan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. “Saya percaya pesta ini juga berupaya mempromosikan kebudayaan masyarakat Cina, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini, khususnya ke Sabah,” katanya. Sehubungan itu, Hajiji juga mahu masyarakat Cina dan pencinta budaya tarian memberikan sokongan penuh kepada aktiviti itu kerana tarian merupakan sumber mengembangkan kecerdasan dan memupuk kreativiti, selain dapat menghindarkan golongan muda daripada aktiviti yang tidak sihat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here