Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelihara seni, budaya kaum: KM
Published on: Monday, March 06, 2023
Published on: Mon, Mar 06, 2023
Text Size:
Text:
Pelihara seni, budaya kaum: KM
Elron (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian dengan memalu bambu sambil dibantu oleh Pangiran (tiga dari kanan).
SIPITANG: Seni dan budaya merupakan aset penting bagi sesuatu kaum dan harus dipelihara dan dilindungi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, budaya yang menjadi identiti sesuatu kaum akan pupus sekiranya usaha mengekalkan serta mewariskannya kepada generasi muda tidak dilaksanakan.

Advertisement
“Identiti yang tidak dipelihara dan dilindungi dengan betul akan dicemari oleh unsur lain, sehingga menyebabkan kepupusan nilai jati budaya yang berharga. Kita juga mahu supaya identiti ini diwarisi oleh generasi muda, supaya mereka juga berasa lebih bertanggungjawab untuk memelihara identiti suku kaum masing-masing.

 “Oleh itu, kita perlu melindungi budaya dan kesenian semua kaum sebagai khazanah yang bernilai tinggi supaya ia dapat dilestarikan sebagai salah satu warisan negara,” katanya pada Majlis Perasmian Irau Rayeh Lundayeh Sabah ke-15 Tahun 2023, di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS), di sini, Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapannya disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin.

Jelas Hajiji, selaras dengan tema,”Inovasi Dijana, Tradisi Dipelihara”, Irau Rayeh Lundayeh Sabah merupakan wadah terbaik untuk mendedahkan seni dan kebudayaan kepada generasi muda, termasuklah masyarakat dari luar Sabah.
Advertisement
“Melalui aktiviti kebudayaan seumpama ini, akan membolehkan para pelancong luar memahami dan mengenali budaya tempatan negeri ini, khususnya suku kaum Lundayeh,” tambah beliau.

Pada majlis itu, Ellron menyampaikan Anugerah Khas PLKS kepada tiga penerima iaitu Kategori Tokoh Budaya, Ricky Yakub Ganang, Petani Inovatif, Pangiran Salutan dan Kategori Sukarelawan Lundayeh, Datu Purud.
Advertisement
Hadir sama, Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah, Datuk Pangiran Lalung, Bupati Kabupaten Malinau, Kalimantan, Bapak Wempi W. Mawa, Ahli Parlimen (AP) Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here