Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah pengeluar utama biji koko negara
Published on: Monday, March 06, 2023
Published on: Mon, Mar 06, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah pengeluar utama biji koko negara
Siti Aminah berkata berkata industry hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfekasi koko, serta 34 usahawan coklat tempatan, dengan nilai jualan usahawan coklat di Sabah pada tahun 2022 berjumlah lebih RM792,000.
Kota Kinabalu: Sabah merupakan pengeluar utama biji koko negara dengan menyumbang sebanyak 57 peratus daripada 3,444 hektar tanaman koko di Malaysia, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.

Beliau berkata petani koko di negeri itu, turut menyumbang kepada pengeluaran biji koko dan coklat premium termasuk coklat Bean-To-Bar, coklat Single Origin dan Artisanal Chocholate yang dihasilkan petani koko di Kota Marudu dan Keningau.

Advertisement
“Potensi tanaman koko di negeri ini boleh lagi dimajukan dan dikembangkan. Oleh itu galakan perlu diberikan kepada pekebun melalui penyelidikan bantuan serta khidmat nasihat, untuk terus meningkatkan kualiti tanaman koko mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap industri berkenaan dimajukan sebagai satu industri pertanian, yang mampu meningkatkan taraf pendapatan seharian khususnya kepada petani koko di negeri ini. Beliau berkata dalam tahun 2023 Lembaga Koko Malaysia (LKM), akan melaksanakan projek Tanaman Baharu (TB23) dengan sasaran keluasan 200 hektar di seluruh negara, dan dari jumlah tersebut 100 hektar adalah di Sabah, 80 hektar di Sarawak serta selebihnya 20 hektar di Semanajung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selaras dengan Pelan Strategi Lembaga Koko Malaysia (PSLKM), saya berharap program pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran koko dan kemampanan koko, akan terus digerakkan bagi meningkatkan  pendapatan petani dan usahawan,” katanya.

Siti Aminah berkata berkata industry hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfekasi koko, serta 34 usahawan coklat tempatan, dengan nilai jualan usahawan coklat di Sabah pada tahun 2022 berjumlah lebih RM792,000.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here