Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM16.42 juta laksana program kepimpinan belia: Hajiji
Published on: Tuesday, March 07, 2023
Published on: Tue, Mar 07, 2023
Text Size:
Text:
RM16.42 juta laksana program kepimpinan belia: Hajiji
HAJIJI (duduk, ketiga dari kanan) mengabadikan kenangan bersama golongan belia yang menghadiri majlis itu. Turut kelihatan ialah Ellron (duduk, ketiga dari kiri) dan Abqaree (kedua dari kanan).
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia bagi melahirkan pemimpin belia berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, program yang akan dilaksanakan itu merangkumi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial.

Advertisement
Katanya, Kerajaan Negeri menumpukan usaha memperkasakan modal insan agar sentiasa kompeten, inovatif, berdaya tahan serta berintegriti.

Menurutnya, sejak menerajui Kerajaan Negeri pada September 2020, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan kepada belia di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, dalam bidang pendidikan, kerajaan telah melaksanakan beberapa program antaranya Bantuan Wang Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi, Bantuan Tunai Khas Peperiksaan yang menyasarkan pelajar yang menduduki SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Inisiatif lain ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA),” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena Peringatan Hari Anti Dadah 2023 Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, Isnin.

Hajiji berkata, kerajaan turut mewujudkan Tabung Pendidikan Sabah (TPNS) yang menjadi asas bagi membolehkan lebih ramai anak Sabah berpeluang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan turut menubuhkan Sekretariat Pelajar Malaysia Sabah (Semesta) bagi menyokong persatuan pelajar di semua Institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara selain untuk pelajar menyuarakan pandangan, idea dan cadangan demi pembangunan dan kemajuan Sabah.

Beliau berkata komitmen Kerajaan Negeri bukan sahaja dalam aspek pendidikan, malah dalam bidang keusahawanan dengan beberapa skim keusahawanan diperkenalkan seperti Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) yang membantu belia yang terlibat dalam perniagaan kembali bangkit setelah dilanda wabak Covid-19.

“Program ini akan diteruskan dan saya mencadangkan agar Majlis Belia Sabah (MBS) boleh menjadi tenaga penggerak penting bagi pelaksanaan SYABAS tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bermula tahun lalu, akan diteruskan tahun ini di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKBS) bersama Presiden MBS yang akan menyelaras program itu dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah. (KBSS) dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR). Ini termasuklah penganjuran beberapa program baharu seperti Dewan Belia Sabah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda di Negeri ini kerana pandangan dan pendapat mereka amat diperlukan bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Justeru, katanya, dalam Belanjawan Sabah 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan di Sabah.

“Pembangunan modal insan bukan sahaja untuk potensi belia. Saya amat prihatin dengan rancangan pembangunan belia berisiko terutama dalam isu penagihan dadah.

“Saya sedar tentang pemerkasaan program kesedaran awam mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Saya percaya MBS dan badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia berisiko,” katanya.

Pada masa sama, Hajiji meletakkan harapan tinggi kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MBS untuk bersama-sama memastikan program pendidikan pencegahan dadah ini dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.

Beliau percaya dengan pelan perancangan strategik untuk memupuk potensi pembangunan belia berisiko, ia boleh berjaya untuk pembangunan holistik belia Sabah.

Hajiji turut mencadangkan agar semua agensi kerajaan dan pertubuhan belia di negeri ini bersama-sama AADK dalam mencapai matlamat komuniti bebas dadah.

“Belia sebagai faktor pelindung harus menyokong kempen “Lebih Baik Cegah” kerana pencegahan bermula dari rumah,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berazam untuk membawa Negeri ini maju dan makmur serta memperjuangkan hak dan kepentingan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami akan terus memperjuangkan perkara ini terutama hak dan kepentingan yang ada dan dijamin dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami percaya semangat dan prinsip MA63 sentiasa hidup dan relevan sehingga hari ini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata, menerusi Hala Tuju SMJ yang bakal genap dua tahun pelaksanaannya pada 29 Mac 2023, terdapat kejayaan demi kejayaan termasuk peningkatan hasil Negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding paras RM4 bilion ketika ia bermula. Hajiji berkata, peningkatan hasil negeri bermakna lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk kesejahteraan rakyat, dan beliau optimis jumlah ini akan terus meningkat pada tahun hadapan sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah.

“Kami akan memastikan semua rancangan dilaksanakan, selain mengenal pasti strategi dan meneroka peluang dan potensi baharu, termasuk usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ,” katanya.

Beliau turut mengajak golongan belia untuk terus menyokong beliau dan rakan-rakan lain dalam membawa Sabah ke arah lebih maju dan sejahtera. Sokongan rakyat khususnya golongan belia kepada kerajaan amat penting bagi menjamin kestabilan negeri.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin dan Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here