Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
90 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Sandakan
Published on: Tuesday, March 07, 2023
Published on: Tue, Mar 07, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
90 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Sandakan
Menurut Jasri, api berjaya dikawal pada 4.53 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.48 pagi.
SANDAKAN: Kira-kira 90 rumah atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Jasri Abd Jal berkata pihaknya menghantar satu pasukan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.06 pagi.

Advertisement
“Tiada mangsa cedera mahupun kehilangan nyawa. Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun kami tahu kebakaran ini agak besar juga, berlaku awal (sebelum) subuh dalam keadaan yang gelap,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini pada Isnin.

Menurut Jasri, api berjaya dikawal pada 4.53 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.48 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abd Fuad Abd Malek berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah diaktifkan dan semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS). Menurutnya, setakat ini 34 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan proses pendaftaran masih berjalan di PPS tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here