Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syarikat miliki produk tidak berdaftar didenda RM11,000
Published on: Tuesday, March 07, 2023
Published on: Tue, Mar 07, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat miliki produk tidak berdaftar didenda RM11,000
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM7,000 kerana memiliki enam jenis produk tidak berdaftar iaitu, lima unit Liponex, lima unit Glutanex Inj, lima unit Asconex Inj, 84 strip Accunex 100 Soft Caps, lima unit Meditoxins, dan tiga botol Neo–Cain Cream 500g.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM11,000 kerana memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

KHC Holding Sdn Bhd melalui wakilnya mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad, kepada dua pertuduhan terhadap syarikat itu, pada Isnin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM7,000 kerana memiliki enam jenis produk tidak berdaftar iaitu, lima unit Liponex, lima unit Glutanex Inj, lima unit Asconex Inj, 84 strip Accunex 100 Soft Caps, lima unit Meditoxins, dan tiga botol Neo–Cain Cream 500g.

Kesalahan itu berlaku pada jam 3 petang 17 Jun 2022 di Mi @ Miracle Skin & Aesthetic Centre, Lorong Margosa di Taman Luyang Fasa 8, Off Jalan Lintas, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Syarikat itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM4,000 kerana memiliki kosmetik tanpa label iaitu 80 unit Traminex 20g pada tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Semasa rayuan, wakil syarikat itu meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana syarikat itu melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai kerana produk-produk itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan tiada label.

Syarikat membayar denda itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here