Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan makin terdesak: Rubin
Published on: Wednesday, March 08, 2023
Published on: Wed, Mar 08, 2023
Text Size:
Text:
Warisan makin terdesak: Rubin
Rubin mengulas kenyataan Aziz yang mendakwa GRS dan Gagasan Rakyat akan menjadi parti pertama meninggalkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, jika politik negara bergolak sekali lagi.
Kota Kinabalu: Parti Warisan semakin terdesak sehingga membuat tuduhan dan andaian jahat terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Naib Presiden II Gagasan Rakyat, Datuk Rubin Balang berkata, Warisan yang semakin hilangan sokongan dan pengaruh sengaja membuat tuduhan jahat dan tidak berasas terhadap GRS dan Gagasan Rakyat.

Advertisement
Beliau berkata, dakwaan Warisan bahawa GRS dan Gagasan Rakyat akan meninggalkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan sepertimana yang didakwa oleh Ketua Penerangannya Datuk Mohd Azis Jamman merupakan tuduhan berniat jahat tanpa bukti.

Menurutnya, Warisan yang menghadapi krisis sokongan berikutan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli dan penyokongnya meninggalkan parti tu, terpaksa menggunakan helah GRS dan Gagasan Rakyat akan tinggalkan PM untuk mendapatkan perhatian penyokong dan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini amat jelas bahawa Warisan semakin terdesak dan bimbang dengan pengaruh dan kekuatan GRS dan Gagasan Rakyat yang semakin mendapat sokongan daripada rakyat negeri ini”, katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Rubin mengulas kenyataan Aziz yang mendakwa GRS dan Gagasan Rakyat akan menjadi parti pertama meninggalkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, jika politik negara bergolak sekali lagi.

Advertisement
Rubin berkata, Aziz tidak perlu bimbang terhadap soal asokongan GRS dan Gagasan Rakyat kepada PM, sebaliknya beliau sepatutnya bimbang dengan trend semakin ramai pemimpin dan ahli-ahli Warisan meninggal parti itu sejak kebelakangan ini.

Katanya, tidak timbul soal GRS dan Gagasan Rakyat akan meninggalkan PM kerana persefahaman, hubungan dan kerjasama yang erat di antara Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji dan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar.­
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here