SANDAKAN: Belanjawan 2023 begitu penting kerana ia adalah belanjawan pertama di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan yang akan memetakan hala tuju masa depan negara kita dan membebaskan negara kita daripada kesan krisis ekonomi dan kesihatan semasa akibat pandemik Covid-19.Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, turut mengalu-alukan peningkatan peruntukan belanjawan pembangunan untuk Sabah, yang mana telah meningkat daripada 5.2 billion pada tahun 2022 kepada 6.5 billion pada tahun ini.
“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus jika dibandingkan dengan peruntukan daripada kerajaan sebelumnya,” katanya.
Advertisement





