Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sokongan berterusan penjawat awam perlu, Hajiji
Published on: Thursday, March 09, 2023
Published on: Thu, Mar 09, 2023
Text Size:
Text:
Sokongan berterusan penjawat awam perlu, Hajiji
Hajiji berkata, meskipun beliau baru dua tahun saja lebih memimpin Sabah, cabaran dan ujian yang dilaluinya begitu luar biasa.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menggesa penjawat awam Negeri dan Persekutuan untuk terus menyokong Kerajaan Negeri pimpinannya dalam membangunkan negeri dan memakmurkan rakyat.

“Sekarang waktu tepat untuk kita bekerja lebih keras dalam membangunkan semula ekonomi negeri dan memajukan rakyat.

Advertisement
“Sekarang waktu untuk bekerja. Waktu untuk menunaikan janji dan melaksanakan apa yang kita rancangkan untuk rakyat. Percayalah, setiap daripada kita inginkan kerajaan yang stabil, negeri dan negara yang makmur agar kita dapat hidup aman dan bahagia.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap segala usaha bagi membina semula ekonomi negeri dan membela nasib rakyat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap segala usaha bagi membina semula ekonomi negeri dan membela nasib rakyat,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 28 Februari. Majlis itu, yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merupakan perhimpunan penjawat awam terbesar, malah julung kalinya seorang Perdana Menteri hadir untuk menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam di Sabah.

Advertisement
Hajiji berkata, meskipun beliau baru dua tahun saja lebih memimpin Sabah, cabaran dan ujian yang dilaluinya begitu luar biasa.

“Selain terlepas daripada ancaman pandemik, kita juga berhadapan cabaran kegawatan politik dan ekonomi, dan dalam kita sedang menyusun segala strategi untuk memperkukuhkan pentadbiran serta memulihkan ekonomi negeri, tiba-tiba datang lagi ujian baharu berupa cubaan untuk mengganggu dan menjatuhkan kerajaan.

Advertisement
“Sungguh luar biasa ujian dan tribulasi yang datang silih berganti. Namun, saya sangat bernasib baik, kerana mempunyai rakan-rakan dalam kepimpinan negeri, termasuk jentera kerajaan, iaitu anggota perkhidmatan awam yang tetap memberikan sokongan dan dokongan dalam usaha kita untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat,” tegasnya.

Dalam mengorak langkah ke hadapan, Hajiji mengajak anggota perkhidmatan awam melipatgandakan lagi usaha serta khidmat bakti kepada negeri, rakyat dan masyarakat.

Beliau berkata, sebagai jentera pelaksana dasar dan program pembangunan kerajaan, anggota perkhidmatan awam menjadi pemangkin bagi merealisasikan apa jua dasar dan perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, dalam konteks negeri Sabah, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 merupakan wadah untuk menempatkan semula Sabah pada landasan yang tepat ke arah kemajuan dan pembangunan yang holistik merangkumi kemakmuran ekonomi, kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan gagasan besar Malaysia Madani, sebagai paradigma baharu negara untuk membangunkan hala tuju dasar dan melaksanakan strategi yang merentasi semua sektor termasuk kemanusiaan dan kemanusiaan modal, ke arah menaikkan semula martabat negara di persada dunia.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan Sabah merupakan negeri pertama yang menyambut baik konsep Malaysia Madani dengan menganjurkan seminar, forum dan bengkel untuk meneroka dan mendalami konsep Malaysia Madani.

“Saya berharap agar seluruh anggota perkhidmatan awam sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk menghadapi perubahan dan cabaran, sesuai dengan perkembangan dan kehendak semasa dan jangan sekali-kali mudah selesa dengan pencapaian yang ada. Jadilah penjawat awam yang berdaya kreatif, bersikap proaktif serta memiliki semangat untuk berlumba dalam mencapai kejayaan secara sihat, berintegriti dan menjauhi rasuah. “Kita tidak seharusnya mudah berasa selesa dengan pencapaian yang ada, kerana perjalanan kita masih jauh dan berliku. Justeru itu, kita perlu mempercepatkan langkah agar tindakan kita bukan sahaja pantas dan tangkas, tetapi juga tepat pada sasaran dalam memastikan kemajuan dan kejayaan.

“Lipat gandakan usaha, ‘work hard’ dan ‘work smart’, bagi mengekalkan rekod kejayaan dan kecemerlangan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri yang tercinta ini. Anggota perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan yang juga bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan hasil negeri. Jika hasil negeri dapat ditambah dan ditingkatkan, tentunya ia akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat, termasuklah juga di kalangan penjawat awam itu sendiri yang akan menerima pelbagai insentif dan imbuhan,” tambahnya. Hajiji turut menegaskan berkat kerja keras semua pihak, pada tahun lalu Sabah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM7 bilion, iaitu jauh melepasi angka yang disasarkan, manakala nilai pelaburan mencecah RM33 bilion, melibatkan beberapa syarikat pelabur dari dalam dan luar negara. Katanya, kejayaan ini adalah juga kejayaan anggota perkhidmatan awam yang telah mempamerkan komitmen dan kerja keras yang membanggakan. Hajiji turut menyentuh pencapaian Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya dalam tempoh dua tahun, antaranya pemeteraian perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan pihak Petronas yang berprinsipkan “Greater Say, Greater Participation and Greater Revenue”, meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah dan RUU Bekalan Gas 2023, yang memberi kuasa sepenuhnya kepada Sabah dalam pengendalian bekalan gas, termasuk operasi tenaga elektrik mulai 1 Januari 2024. “Perlu diingat bahawa kejayaan ini membuktikan sokongan dan keprihatinan PM terhadap tuntutan yang kita kemukakan berkaitan hak-hak Sabah seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” tegasnya. Hajiji turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Anwar yang telah memperuntukkan RM6.5 bilion untuk pembangunan negeri Sabah dalam Belanjawan Persekutuan yang dibentangkan semula. Katanya, sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah memerlukan peruntukan yang besar untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri yang masih jauh tertinggal. Menurutnya, peruntukan RM6.5 bilion itu sebenarnya tidak termasuk beberapa inisiatif lain, antaranya merangkumi pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah/Sarawak sebanyak RM20 bilion dan RM1 bilion lagi untuk membangunkan kawasan sempadan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia. Hajiji juga yakin Malaysia mampu bangkit kembali menjadi negara yang disegani dan dihormati di bawah pimpinan dinamik Anwar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here