Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Akhirnya, gabungan jati Sabah seperti Sarawak
Published on: Thursday, March 09, 2023
Published on: Thu, Mar 09, 2023
Text Size:
Text:
Akhirnya, gabungan jati Sabah seperti Sarawak
HAJIJI meletakkan bendera Gagasan Rakyat untuk menandakan pelancaran rasmi parti.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi melancarkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS atau Gagasan Rakyat) pada 2 Mac, mengatakan rakyat Sabah akhirnya mempunyai sebuah parti yang mereka boleh panggil “rumah” dan yang akan mengukuhkan perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Akhirnya, kita ada rumah sendiri. Parti ini adalah rumah kita, yang kita akan jaga. Di rumah kita, kita adalah tuan dan akan memelihara sebaik mungkin,” katanya kepada hadirin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Advertisement
Beliau berkata, perkembangan politik dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini menghasilkan dua trend ketara, iaitu rakyat Sabah mahu parti tempatan menerajui Sabah manakala, pada masa sama, inklusif melalui penyertaan berbilang parti berbanding satu parti tunggal seperti yang berlaku pada masa lalu.

“Kerajaan yang mempunyai unsur ‘semak dan imbang’ yang kukuh lagi inklusif.” Beliau berkata kerjasama dengan parti nasional tidak seharusnya ditolak kerana kita perlu hidup dalam ‘ekosistem’ persekutuan.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, dari perspektif kerajaan negeri, rakyat Sabah mahukan parti tempatan dan Gagasan Rakyat akan bertindak sebagai wadah yang mengutamakan kepentingan Sabah berdasarkan agenda Sayangi Sabah, yang merupakan asas GRS dengan tonggak Sabah Diutamakan, Sabah Melangkah Ke Hadapan, Sabah Maju Jaya dan Sabah Bersatu. Beliau yakin perpaduan akan menjadikan suara Sabah lebih kuat dan berkesan. “Kita akan dihormati jika kita kuat dan bersatu,” katanya.

Advertisement
“Konsensus GRS adalah penting dalam memastikan kepentingan Sabah terus dipertahankan dalam Persekutuan Malaysia,” kata Hajiji, yang juga Presiden Gagasan Rakyat. Dari segi kerangka tadbir urus negeri, rakyat mahukan kerajaan yang dipimpin oleh imej tempatan.

“Kehadiran parti nasional kekal relevan selagi semangat, teras dan agenda perjuangan Negeri tidak pernah dikompromi. Sinergi unsur tempatan dan nasional haruslah berlandaskan prinsip meletakkan kepentingan Negeri sebagai komponen penting agenda keutamaan (Sabah Diutamakan) dan meletakkan kepentingan Negeri sebagai komponen penting agenda nasional.

Advertisement
“Sabah yang lebih maju dan berjaya pastinya akan menyumbang kepada Persekutuan Malaysia Madani, yang merupakan konsep kemajuan lebih holistik yang merangkumi semua aspek,” tegasnya.

Hajiji menyatakan bahawa tiga kerajaan pertama Sabah (Usno, Berjaya dan PBS) sebenarnya parti tempatan, tetapi bersifat “parti tunggal”.

“Kita belajar dan mengambil contoh daripada pengalaman lama yang kita lalui bersama. Kita harus melaksanakan pembaharuan dengan model perkongsian kuasa yang lebih inklusif dan membina. Kita harus mengelak kuasa yang sangat kuat berpusat kepada satu paksi tertentu, sama ada cenderung kepada kumpulan diwakili atau terikat kepada kecenderungan kepimpinan,” tegasnya.

Hajiji turut menjemput rakan-rakan dari parti lain yang berkongsi agenda perjuangan untuk memulakan kerjasama lebih bernilai dan bermakna dengan GRS atas landasan Muafakat Sabah. Beliau berkata permuafakatan ini perlu bukan sahaja di peringkat kepimpinan tetapi juga di peringkat akar umbi.

Beliau berkata GRS terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung dan mengiktiraf hak serta kepentingan Sabah, termasuk menghormati kebebasan dan keabsahan pemimpin dan rakyat Sabah.

Beliau berterima kasih kepada pemimpin nasional yang menghormati keputusan pemimpin tempatan dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri. Hajiji turut menghargai ahli Dewan Undangan Negeri yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui Kerajaan Negeri.

Beliau bersyukur, biarpun adanya cubaan rampasan kuasa politik, kerana terus menerima sokongan sebuah pasukan yang lebih inklusif serta responsif kepada keutamaan dalam menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Beliau berkata, hala tuju SMJ yang akan genap dua tahun pada 29 Mac ini, mencapai kejayaan demi kejayaan termasuk peningkatan hasil negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding RM4 bilion ketika ia bermula.

“Kita perlu memastikan semua rancangan dilaksanakan, selain mengenal pasti strategi dan meneroka peluang dan potensi baharu.

“Ini termasuk usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ. Sehingga kini, kita berjaya mencapai rekod pelaburan langsung asing serta pelaburan domestik berjumlah RM33.4 bilion,” katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian, Hajiji berkata GRS telah pun memenuhi aspirasi rakyat Sabah yang mahu gabungan itu hanya terdiri daripada semua parti tempatan yang berpangkalan di Sabah, sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), dengan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah kini dalam Gagasan Rakyat.

“Sekarang kita ada GRS dan dalam GRS sekarang kita ada parti tempatan baharu. Sebelum ini semasa Bersatu dalam GRS, ramai yang mengatakan GRS berbeza dengan Sarawak (GPS). Sekarang, kita ada semuanya parti tempatan dalam GRS, jadi terpulang kepada rakyat sama ada (GRS) serupa dengan Sarawak, termasuk dalam perjuangannya. Tetapi kita sudah memenuhi aspirasi rakyat Sabah untuk menggunakan parti tempatan,” katanya. Gagasan akan teruskan dengan penubuhan cawangan dan bahagian, dan mendapatkan seramai mungkin ahli dari semua DUN.

“Daripada kehadiran ramai pada pelancaran hari ini, saya amat yakin Gagasan Rakyat akan diterima baik oleh rakyat dan pastinya kita juga akan bersama-sama rakan dalam parti komponen dalam Kerajaan, khususnya GRS dan juga Pakatan Harapan, terus mentadbir dan menguruskan Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here