Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Usaha tangani isu jalan di Kinarut, Manggatal
Published on: Thursday, March 09, 2023
Published on: Thu, Mar 09, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Usaha tangani isu jalan di Kinarut, Manggatal
STAF JKR meninjau keadaan Jalan Labak, semasa pemeriksaan bersama wakil konsesi agensi itu pada Mac.
JABATAN Kerja Raya (JKR) merancang untuk membaik pulih bahagian jalan Kinarut, manakala Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memeriksa secara berkala keadaan jalan di sebuah kejiranan di Manggatal.

Lubang-lubang pelbagai bentuk dan saiz telah terbentuk di banyak tempat di jalan Kinarut itu. Asfalt juga retak, atau hilang sama sekali, di tempat lain.

Advertisement
Sebaliknya, jalan bagi kejiranan di Manggatal itu nampaknya tidak dijaga dengan baik, dengan kerja semberono dilakukan untuk menurap semula jalan perumahan di situ, baru-baru ini.

LORI-LORI diperhatikan pergi-balik dari sebuah kuari di kawasan ini di Kinarut.

Dua pemandu membuat dakwaan-dakwaan ini secara berasingan kepada Hotline, menamakan jalan-jalan yang membuatkan mereka tidak puas hati. Maklumat ini diserahkan kepada Jabatan dan DBKK.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jurucakap JKR berkata syarikat konsesinya telah diminta untuk menangani kerosakan di Jalan Labak.

“Jalan ini adalah salah satu daripada beberapa jalan di sekitar Papar yang dimasukkan dalam program penambahbaikan yang sedang dijalankan oleh syarikat itu,” katanya.

Advertisement
Jurucakap firma itu berkata pihak pengurusan berhasrat untuk “memulihkan semula” dua bahagian jalan itu, kedua-duanya meliputi jarak 300 meter secara keseluruhan.

STAF DBKK memastikan Lorong Mempelam 3C dilapiskan asfalt dari satu hujung ke hujung lain.

“Pemulihan semula itu melibatkan pengukuhan turapan dan penurapan semula kedua-dua bahagian,” katanya.

Advertisement
“Kami telah mencadangkan perkara ini kepada Jabatan dan sedang menunggu untuk menerima kelulusan untuk cadangan kami.”

Dia berkata syarikat konsesi itu menjangkakan akan mula membaiki jalan itu selewat-lewatnya pada “hujung Mac atau awal April”.

MIKAIL dari Papar berkata, dia memperhatikan banyak lori melalui Jalan Labak.

Dia berkata kenderaan ini terlibat dalam mengangkut batu dari sebuah kuari, di satu bahagian jalan itu, ke tapak-tapak pembinaan di sekitar pekan.

“Saya mengesyaki lori-lori ini mungkin terlebih muatan,” katanya.

Kekerapan lori-lori itu menggunakan laluan tersebut, ditambah pula dengan tekanan berat berlebihan ke atas jalan itu, telah merosakkan jalan tersebut, menurutnya.

“Asfalt telah meretak atau hilang di beberapa tempat. Bahagian-bahagian ini menjadikan jalan itu kelihatan seolah-olah ia diperbuat daripada kerikil.

“Pemandu kereta kecil, seperti kereta Kancil, sering rosak bahagian bawah kenderaan mereka apabila melalui batu-batu lebih besar yang terletak di laluan mereka dan terpaksa menanggung kos tinggi untuk pembaikan.”

Mikail berkata beberapa pemandu hampir bertembung disebabkan permukaan jalan yang tidak rata.

“Selain menambah baik keadaan jalan ini, tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu lori yang berdegil membawa muatan berlebihan.”

Jurucakap JKR itu berkata kakitangannya dari cawangan Papar dan wakil syarikat konsesi itu bersama-sama memeriksa Jalan Labak, sejurus selepas mengetahui tentang aduan pemandu itu.

“Kerosakan di dua bahagian jalan itu didapati ‘di luar penyelenggaraan rutin’,” katanya.

“Kedua-dua individu itu juga mengesahkan rasa syak pemandu itu, selepas memantau lalu lintas di sepanjang jalan itu.”

Mereka menyedari terdapat sejumlah besar lori pergi dan balik dari kuari di kawasan itu pada masa itu, menurutnya.

“Kakitangan kami berbincang dengan pengusaha premis itu mengenai pengurangan muatan yang diangkut oleh lori-lorinya semasa pemeriksaan tersebut.”

Jurucakap itu berkata kakitangan Jabatan akan memastikan aliran lalu lintas di jalan itu dipantau dari semasa ke semasa.

“Jika perlu, kami mungkin mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membanteras kegiatan pemandu lori yang membawa muatan lebih daripada yang dibenarkan.”

SEORANG pembayar kadar di Manggatal menganggap bahagian jalan di hadapan rumahnya tidak akan diturap.

Di bawah ordinan JPJ, pemandu yang mengangkut lebih daripada had berat kenderaan mereka boleh dianggap melakukan kesalahan.

Pesalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM10,000 atau dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, DBKK menafikan dakwaan mengenai kerja semberono untuk melapiskan asfalt pada permukaan Lorong Mempelam 3C.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan dan Trafik berkata kontraktor swasta telah dilantik oleh seorang ahli politik tempatan untuk menjalankan kerja-kerja ini di Taman Sepanggar Fasa 2, sementara agensi itu ditugaskan untuk menyelia kerja ini.

“Kami mengesyaki salah faham mungkin berlaku antara seorang pembayar kadar dan kontraktor itu ketika jalan itu sedang dibaik pulih,” katanya.

Pemilik rumah itu mendapat tanggapan bahawa kontraktor tersebut tidak mahu menurap semula bahagian jalan di hadapan rumahnya dan jirannya menurutnya.

“Kontraktor itu mengakui pada mulanya dia berbelah-bagi untuk melapiskan asfalt sehingga hujung jalan ini, di mana individu itu tinggal, oleh sebab kehadiran kenderaan yang menceroboh bahagian laluan ini.

“Bagaimanapun, dia akhirnya menurap bahagian jalan itu.”

Jurucakap itu berkata tiada sebab untuk pembayar kadar itu percaya bahawa jalan perumahan di kawasannya tidak diselenggara sebagaimana sepatutnya.

“Pemeriksaan berkala dibuat terhadap Lorong Mempelam 3C dan lain-lain di kawasan kejiranan itu.

“Pemegang konsesi kerajaan akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan yang direkodkan oleh kakitangan kami dan diminta untuk menanganinya.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here