Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Didakwa dera anak tiri: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Friday, March 10, 2023
Published on: Fri, Mar 10, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Didakwa dera anak tiri: Lelaki diperintah bela diri
Perbuatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 38 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan mendera anak tirinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu untuk Julmuri Ebba, selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 3 dan 4 April tahun ini untuk pembelaan Julmari.

Julmuri didakwa mendera kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu dengan membakar paha kirinya menggunakan puntung rokok antara jam 7 malam dan tengah malam pada 10 Nov 2019 di sebuah rumah di Jalan Bypass, Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perbuatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memanggil tujuh saksi dalam perbicaraan itu.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman mengendalikan pendakwaan manakala peguam Mohd Ari-Nadzrah mewakili Julmuri.

Julmuri direman lanjut sementara menunggu pelupusan kesnya.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang mekanik berusia 36 tahun dipenjara 12 bulan kerana tidak jujur menyimpan sebuah motosikal curi.

Mohd Azlen Matdarin mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu jam 5.20 petang, 3 Mac tahun ini Kg Petagas, Putatan.

Semasa mitigasi, peguam Lawrence Lim yang mewakili Mohd Azlen, merayu hukuman ringan.

Lim memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Azlen ditawarkan untuk mengecat motosikal itu dengan harga RM150 dan menerima RM50 sebagai deposit.

Beliau mendakwa Mohd Azlen ditahan ketika sedang mengecat motosikal berkenaan.

Inspektor Suzie Kupit menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here